Siakap Keli
amerika veto palestin pbb
Gambar: AFP

Amerika Veto Draf Resolusi Tuntut Palestin Jadi Ahli Penuh PBB

Amerika Veto Draf Resolusi Tuntut Palestin Jadi Ahli Penuh PBB

Amerika Syarikat (AS) dilapor telah menggunakan kuasanya untuk memveto draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut keahlian penuh Palestin dalam pertubuhan itu.

Menurut Anadolu Agency, 15 negara yang menjadi ahli Majlis Keselamatan berkumpul di New York pada Khamis untuk mengundi draf resolusi disediakan oleh Algeria yang mengesyorkan keahlian penuh Palestin sebagai anggota PBB.

Resolusi berkenaan mendapat 12 undi sokongan dengan dua negara iaitu United Kingdom (UK) dan Switzerland memilih berkecuali dalan undian tersebut.

Bagi membolehkan resolusi itu diluluskan, ia memerlukan sekurang-kurangnya 9 undi sokongan dan tidak diveto oleh mana-mana ahli tetap Majlis Keselamatan iaitu AS, Britain, Perancis, Rusia dan China.

Amerika guna kuasa veto halang draf resolusi tuntut keahlian penuh Palestin di PBB

Bagaimanapun, AS telah menggunakan kuasanya sebagai ahli tetap Majlis Keselamatan untuk memveto resolusi tersebut.

Palestin pada masa ini merupakan negara pemerhati bukan ahli, iaitu status yang diberikan menerusi Perhimpunan Agung PBB pada 2012.

Status berkenaan membenarkan Palestin untuk menyertai debat dan organisasi PBB, namun tidak memiliki kuasa undi.

Menurut Piagam PBB, sesebuah negara menjadi ahli penuh PBB melalui keputusan Perhimpunan Agung selepas dicadangkan oleh Majlis Keselamatan.

BACA: Ini Cara Main Bola, Indonesia “Sondol” Australia Dalam Perlawanan Kumpulan A

Sumber: Anadolu Agency

Athirah

When nothing goes right, go left.