Siakap Keli
wanita bawa mayat pakcik
Gambar: X (Twitter) & G1

Wanita Ditahan Bawa Mayat Pakcik Ke Bank Untuk Buat Pinjaman

Wanita Ditahan Bawa Mayat Pakcik Ke Bank Untuk Buat Pinjaman

RIO DE JANEIRO — Seorang wanita dipercayai membawa mayat bapa saudaranya ke sebuah bank di Brazil bagi membuat pinjaman pada Selasa, lapor Daily Mail UK.

Dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan, wanita terbabit, 42, membawa bapa saudaranya, 68, ke sebuah bank di Bangu, Rio de Janeiro dengan menaiki teksi untuk membuat pinjaman sebanyak 17,000 reais (kira-kira lebih RM15,400).

Menurut Ketua Polis Tempatan, Fábio Luiz Souza, sewaktu tiba di lokasi kejadian, pihaknya telah menahan wanita terbabit sebelum menghubungi ambulans dan mengesahkan warga emas itu telah meninggal dunia.

Berdasarkan keterangan wanita itu, dia mendakwa bapa saudaranya telah meninggal dunia ketika duduk di atas kerusi roda di bank namun polis mempertikaikan keterangan itu.

“Cara darahnya terkumpul di dalam kapalnya menunjukkan bahawa mangsa tidak mati dalam keadaan duduk sebaliknya dalam keaadan terbaring,” kata polis.

Sewaktu kejadian, wanita itu dilihat mengangkat mayat tersebut ke atas kerusi roda sebelum masuk ke bank berkenaan.

Kejadian itu membuatkan kakitangan bank curiga dengan tindakannya dan segera menghubungi polis selepas wanita itu meminta tandatangan bapa saudaranya.

“Pakcik dengar saya tak? Saya perlukan tandatangan. Saya tak boleh tandatangan untuk pakcik,” ujar anak saudaranya dalam satu video tular yang dirakam oleh seorang kakitangan bank.

Klip tersebut memaparkan wanita itu memberitahu mayat tersebut supaya memegang pennya dengan kuat sambil meletakkannya (pen) di antara jari dan menggalakkannya menandatangani sehelai kertas.

BACA: Duduk Berdekatan, Penduduk Kongsi Keadaan Sebelum Dan Selepas Gunung Ruang Meletus

Sebelum ini, portal berita tempatan Brazil G1 melaporkan bahawa mangsa berkemungkinan meninggal dunia kira-kira dua jam yang lalu setelah melihat kepada bintik-bintik yang kelihatan di belakang kepala mayat.

Tambah pihak berkuasa tempatan, sekiranya mangsa meninggal dunia semasa duduk di atas kerusi roda, tompok-tompok itu bermungkinan terdapat pada bahagian kaki.

Hasil laporan bedah siasat mendapati lelaki itu dipercayai meninggal dunia antara 11:30 pagi dan 2:30 petang waktu tempatan.

Difahamkan, punca kematian adalah disebabkan aspirasi pernafasan kandungan perut dan kegagalan jantung.

Sumber: Daily Mail UK

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?