Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
langit dubai hijau
Gambar: X

Tular Video Langit Dubai Bertukar Hijau Ketika Ribut Melanda Raih Perhatian

Iqbal Yasir

Tular Video Langit Dubai Bertukar Hijau Ketika Ribut Melanda Raih Perhatian

Penduduk duduk Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini digemparkan dengan pemandangan langit yang bertukar menjadi warna hijau sewaktu fenomena hujan lebat yang melanda bandar berkenaan beberapa hari lalu.

Memetik NDTV World, agensi cuaca tempatan memaklumkan hujan tersebut adalah hujan paling lebat dalam sejarah negara itu untuk tempoh 75 tahun.

Hujan lebat berkenaan juga menyebabkan trafik udara terjejas, selain jalan-jalan di sebahagian besar negara itu ditenggalami air banjir.

Meskipun telah dilanda cuaca buruk itu beberapa hari lalu, namun pemandangan langit negara Arab itu mencuri perhatian ramai di media sosial.

Langit hijau

Dalam satu video tular yang dimuat naik dalam platform X, memaparkan keadaan langit yang dilitupi awan gelap perlahan-lahan bertukar menjadi warna hijau ketika hujan lebat melanda bandar pencakar langit itu.

Klip berdurasi 23 saat yang disiarkan pada 17 April itu menyaksikan mata ramai wargamaya ‘tertuju’ kepada langit bandar itu.

“Langit bertukar hijau di Dubai! Rakaman sebenar dari ribut di Dubai,” tulis kapsyen video itu.

Segelintir pengguna platform itu turut mempersoalkan bagaimana keadaan langit boleh berubah warna ketika fenomana itu melanda. Malah ada yang mendakwa bahawa ia adalah permulaan dari ribut.

Satu video lain dari jarak lebih dekat turut memaparkan jarak penglihatan di bandar itu semakin terhad ekoran hujan lebat.

BACA: Sebahagian Laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ditutup Mulai Selasa

“Hujan lebat di Dubai sekarang. Video terkini langit bertukar hijau, seluruh bandar kelihatan seperti dilanda jerebu,” tulis video itu.

Jumlah hujan untuk dua tahun turun dalam tempoh 24 jam

Sebelum ini, Dubai dilapor telah dilanda banjir teruk selepas rekod menunjukkan hujan yang menyamai jumlah untuk dua tahun turun dalam tempoh 24 jam, lapor ABC News.

Pejabat Meteorologi Dubai berkata, curahan hujan lebih setengah kaki atau 6.26 inci direkodkan di bandar UAE itu antara pukul 10 malam pada Isnin sehingga pukul 10 malam pada Selasa (waktu tempatan).

Berdasarkan data Pertubuhan Meteorologi Dunia, Dubai menerima purata hujan 3.12 inci setahun. Oleh itu, jumlah hujan yang turun di bandar tersebut dalam tempoh 24 jam berkenaan menyamai rekod hujan dua tahun.

Sumber: NDTV World