Siakap Keli
lelaki ragut beg
Gambar: X

Lelaki Cubaan Ragut Beg Wanita Diberkas Orang Awam

Lelaki Cubaan Ragut Beg Wanita Diberkas Orang Awam

PADAWAN — Dua peragut berputih mata selepas cubaan meragut seorang wanita di Jalan Desa Wira, Batu Kawa, Kuching digagalkan oleh orang awam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata dalam kejadian lebih kurang 7.54 pagi, mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan lewat 50-an, berjalan kaki seorang diri.

Kemudian, mangsa telah didatangi sebuah motosikal berwarna merah dari arah belakang yang dinaiki oleh dua orang suspek lelaki, bertindak meragut beg sandang miliknya.

“Mangsa berusaha untuk mempertahankan begnya daripada dilarikan oleh suspek.

“Dalam masa yang sama sebuah kenderaan yang dipandu oleh orang awam telah berhentikan kenderaannya di hadapan motosikal suspek tersebut dan telah berjaya menahan salah seorang daripada suspek dengan sebuah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapuh, ujarnya salah seorang suspek berjaya melarikan diri dan suspek yang telah ditangkap telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek berusia dalam lingkungan 20-an dan merupakan orang tempatan. Suspek yang telah berjaya ditahan akan direman di Mahkamah Kuching pada hari ini untuk membantu siasatan.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan semasa melakukan samun ragut. Jika sabit kesalahan boleh dihukum pemenjaraan selama tempoh 20 tahun dan dengan sebatan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi suspek, berjaya ditangkap kurang dari 24 jam kira-kira pada jam 5 petang pada hari yang sama di Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuching oleh Bahagian Siasatan Jenayah Padawan.

BACA: Liek Hou Gondol Dua Emas Di Sepanyol

“Suspek mengaku sebagai penunggang motosikal yang telah berjaya melarikan diri ketika rakannya ditahan,” maklumnya dalam satu kenyataan berasingan.

Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kes ini selesai dengan tertangkapnya kedua-dua suspek dan pihak polis akan menyiasat lanjut penglibatan suspek dengan lain-lain kes yang mempunyai modus operandi yang sama,” katanya.

Jaw Shyong berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas tindakan orang awam yang terlibat dan mengalu-alukan apa jua bentuk maklumat yang dapat membantu polis.

https://www.facebook.com/polisdaerahpadawan/posts/pfbid02u1j7rB3DSXVxWCkChxbjTS3RGd5uN3GLbKAvWMyJiWmMe6hYMTCMy1yrQxpfvV9tl

Sumber: Polis IPD Padawan (1), (2)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.