Siakap Keli
Gambar: Sinar Harian

Simbah OKU Dengan Air Panas, Wanita Dipenjara 10 Tahun & Denda RM 6,000

Simbah OKU Dengan Air Panas, Wanita Dipenjara 10 Tahun & Denda RM 6,000

Seorang wanita yang menyimbah lelaki OKU sindrom down dengan air panas dalam sebuah lif di Jalan Rajawali di Georgetown, Pulau Pinang Jumaat minggu lepas telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM 6,000.

Menurut Sinar Harian, hukuman itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen Balik Pulau hari ini.

Hukuman itu dibuat oleh Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin selepas tertuduh yang berusia 39 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan mangsa yang berusia 33 tahun dengan menggunakan air panas.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kejadian tersebut dilapor berlaku pada 19 April lalu di dalam sebuah lif pangsapuri, kira-kira jam 9:24 pagi.

Selain itu, pendakwaan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Menurut Sinar Harian lagi, pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Edric Loo.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Nahas Dua Helikopter TLDM: 10 Mangsa Disahkan Terkorban

Athirah

When nothing goes right, go left.