Siakap Keli
pegawai imigresen permohonan pasport
Gambar: Bernama

Pegawai Imigresen Tak Boleh Tolak Permohonan Pasport Jika Individu Tak Fasih Bahasa Melayu

Pegawai Imigresen Tak Boleh Tolak Permohonan Pasport Jika Individu Tak Fasih Bahasa Melayu

GEORGETOWN — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan bahawa mana-mana pegawai Imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pemohon gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Pun begitu, Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata pegawai-pegawai imigresen akan melaksanakan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

“Semakan ini perlu dilakukan secara profesional dan berhemah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Jelas Rusli, pihaknya mengambil maklum berhubung laporan media yang disiarkan pada 22 April 2024 berkaitan kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

BACA: Kronologi Kejadian Helikopter Terhempas Di Malaysia Sejak 2015

Tambahnya, pelanggan tersebut telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin.

“JIM komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.

“Kami juga sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan,” ujarnya.

Terdahulu, tular seorang kes seorang kakitangan UTC tidak membenarkan ibu kepada seorang lelaki memperbaharui pasportnya.

Hal ini terjadi kerana ibunya tidak boleh berbahasa Kebangsaan walaupun dia merupakan seorang warganegara Malaysia.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia/Facebook

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?