Siakap Keli
seludup anakonda lapangan terbang
Gambar: Bengaluru Customs via X

Cubaan Seludup 10 Anakonda Gagal, Peniaga Kopi Tumpas Di Lapangan Terbang

Cubaan Seludup 10 Anakonda Gagal, Peniaga Kopi Tumpas Di Lapangan Terbang

Cubaan seorang peniaga kopi berusia 56 tahun dari Sakleshpur, India menyeludup masuk 10 anak anakonda kuning gagal selepas ditahan oleh pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, pada malam Sabtu.

Difahamkan, individu berkenaan menaiki penerbangan Thai Air Asia No. FD-137 dari Bangkok ke Bengaluru, lapor The Thaiger.

Hasil siasatan mendapati individu berkenaan meletakkan reptilia eksotik itu dalam beg pakaian. Dia mendakwa telah ditawarkan sejumlah 20,000 Rupee (kira-kira RM1,146.62) bagi menyeludup hidupan berkenaan di pintu masuk negara itu.

Menurut jurucakap kastam tempatan, suspek sebelum ini pernah melawat Bangkok sebagai pelancong dan terpedaya dengan tawaran itu untuk mendapatkan wang.

“Bertindak atas risikan yang tepat, pihak kami telah menemui ular berkenaan sewaktu melakukan imbasan bagasi,” katanya.

BACA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

Tambahan lagi, haiwan eksotik yang dirampas itu adalah haiwan-haiwan yang dilarang untuk diimport. Kes itu disiasat di bawah Akta Kastam 1962 dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

Sementara itu, pakar ular, Vattam Aditya berkata anakonda tersebut dianggarkan berusia sekitar dua bulan sekaligus membolehkan haiwan itu diseludup dengan mudah.

Memetik The New Indian Express, permintaan yang tinggi bagi haiwan eksotik di peringkat global menjadikan Bangkok sebagai hab terkenal bagi pemerdagangan hidupan liar.

Dalam pada itu, Jabatan Kastam dalam operasi bersama Jabatan Taman Negara, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan, Pejabat Kastam dan pihak berkuasa lain dalam satu operasi pada 5 Mac berjaya merampas 87 haiwan liar di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.

Penyeludupan ini berjaya dikesan selepas anggota keselamatan lapangan terbang ternampak haiwan berkenaan, yang disembunyikan dalam lapan bagasi milik enam pelancong India yang dalam perjalanan ke Mumbai, India.

Dalam berita lain, kakitangan CISF juga menggagalkan cubaan penyeludupan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, Karnataka, India apabila seorang penumpang menaiki penerbangan AirAsia dari Bangkok cuba menyembunyikan ular tedung hidup di dalam botol.

Sumber: The Thaiger

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?