Siakap Keli
jangan panik ular masuk rumah
Sumber: KPKT via X

Jangan Panik, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Jika Ular Masuk Dalam Rumah

Jangan Panik, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Jika Ular Masuk Dalam Rumah

Sejak kebelakangan ini, cuaca panas melampau yang melanda negara mengundang pelbagai kesan buruk termasuklah kematian akibat strok haba.

Malah, perhatian lebih perlu diberikan apabila kawasan rumah mula menjadi ‘sasaran’ bagi haiwan reptilia seperti ular.

Kejadian ular masuk rumah, bersembunyi bawah katil, celah tandas atau dapur memang sangat menakutkan. Seram sejuk jadinya. Tapi pada masa yang sama, ia turut memberi kesedaran buat kita untuk lebih berhati-hati dengan haiwan berbisa ini.

Seperti yang kita ketahui, sesetengah spesies ular mempunyai bisa yang boleh memudaratkan badan manusia sekiranya kita dipatuk olehnya. Hal ini kerana pada taring mereka tersimpan bisa atau racun venom yang mengalir apabila dipatuk.

Bukan saja reptilia ini mempunyai bisa, ada juga yang menggunakan kekuatan otot badan untuk melilit mangsanya.

Apa perlu buat bila ular datang ‘ziarah’? Ini tips daripada jurulatih pengendalian haiwan berbisa

Apabila berhadapan dengan haiwan ini, anggota keselamatan seperti Bomba dan JPAM adalah antara yang pertama akan dipanggil bagi menanganinya.

Namun apa yang perlu dilakukan sebelum anggota-anggota tersebut tiba di kediaman kita?

Menerusi video dimuat naik oleh (@kpkt_gov) di laman X, anggota bomba yang dikenali sebagai Wan Mohamed Faridzuan Wan Saiful Nizam berkongsi tips apa yang perlu dilakukan jika ular masuk ke dalam rumah.

Menurut beliau, anda perlu kekal tenang dan jangan panik sekiranya melihat ular masuk ke dalam rumah.

Selain itu, pastikan anda peka terhadap kedudukan ular dari jarak jauh, malah anda perlu menghubungi talian 999 dengan secepat mungkin bagi mendapatkan bantuan.

Tak kiralah sama ada bantuan dari pihak Bomba ataupun pihak JPAM

Tips seterusnya ialah anda perlu perhatikan ular tersebut dari jarak yang selamat sebelum anggota penyelamat tiba. Dalam masa sama, jangan biarkan ular itu hilang dari pandangan anda.

Hal ini agar apabila anggota penyelamat tiba, mereka boleh menangkap haiwan tersebut dengan mudah dan pantas.

Tambah Wan Mohamed Faridzuan lagi, anda tidak boleh melakukan sebarang ‘provokasi’ apabila berdepan dengan ular. Tujuannya supaya tidak menimbulkan ancaman bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh membantu.

BACA: Pemain Akademi Manchester United Nafi Ada Pertalian Keluarga Malaysia

Sumber: KPKT via X

Athirah

When nothing goes right, go left.