Siakap Keli
Malaysia Kekal Harmoni, Rakyat Bersatu Tanpa Mengira Bangsa
Sumber: dailymax1993 via TikTok

Malaysia Kekal Harmoni, Rakyat Saling Bantu Tanpa Mengira Bangsa

Malaysia Kekal Harmoni, Rakyat Saling Bantu Tanpa Mengira Bangsa

Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian etnik, budaya dan agama dalam kalangan rakyatnya yang berbilang.

Malaysia terdiri daripada berbagai suku kaum seperti Melayu, Cina, India dan bumiputera lainnya, serta beragam agama seperti Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian.

Meskipun berbeza dan tiada pertalian darah, rakyat Malaysia telah lama hidup berdampingan dalam harmoni dan toleransi, umpama sebuah keluarga di bawah satu bumbung.

Kebersamaan rakyat Malaysia saling bantu-membantu terserlah dalam video yang dirakamkan oleh seorang pelancong luar negara dalam TikToknya (@dailymax1993).

@dailymax1993

$0.38 Local train #kualalumpur

♬ original sound – dailymax1993 – dailymax1993

Menerusi video berdurasi hampir empat minit itu, terlihat seorang pelancong asing cuba membantu seorang lelaki Malaysia berbangsa Cina yang dipercayai sebagai pengutip tin.

Ketika guni yang digunakan oleh lelaki itu koyak, tin yang dikutipnya bertaburan di atas jalan raya. Tidak sampai hati melihat kejadian itu, pelancong tersebut dan beberapa orang rakyat Malaysia datang membantu bersama-sama mengutip tin yang bertaburan.

BACA: Guna Satu Barang Je, Cara Simpan Daun Limau Purut Agar Tahan Lama

Bukan sahaja lelaki berbangsa Cina tersebut yang mengucapkan kata”terima kasih”, tetapi orang ramai yang datang membantu turut mengucapkan “terima kasih” atas bantuan pelancong tersebut.

Kelihatan seolah-olah orang ramai memberikan tanda penghargaan kepada pelancong asing yang telah memberikan bantuan kepada saudara mereka.

Hal ini menggambarkan semangat kebersamaan dan solidariti antara rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa atau asal usul. Ia juga mencerminkan nilai-nilai keramahan dan kebaikan yang dihargai oleh masyarakat tempatan.

Reaksi spontan rakyat Malaysia tersebut telah berjaya dirakam oleh pelancong tersebut sehingga menarik perhatian seorang rakyat Malaysia melalui laman Xnya (@Amirulhafiz).

Beliau telah berkongsikan video tersebut dengan kapsyen berbunyi, “Malaysia masih lagi Malaysia yang kita kenal. Dan video ini buktinya.”

Pada masa krisis atau dalam keadaan suka mahupun duka, rakyat Malaysia sering kali bersatu untuk memberikan bantuan kepada sesama tanpa mengira latar belakang etnik atau agama.

Keunikan Malaysia terletak pada kemampuan rakyatnya untuk hidup bersama dalam harmoni. Kebersamaan, toleransi, dan semangat “1 Malaysia” menjadi landasan utama dalam menjaga kesatuan dan kestabilan negara.

BACA JUGA: Cubaan Seludup 10 Anakonda Gagal, Peniaga Kopi Tumpas Di Lapangan Terbang

Sumber: dailymax1993 via TikTok, Amirulhafiz via X

Sharifah Hannah Adibah