Siakap Keli
kekecohan masjid jamek sungai nibong
Gambar: Video Tular

Polis Sahkan Terima Laporan Video Tular Kekecohan Di Masjid Jamek Sungai Nibong

Polis Sahkan Terima Laporan Video Tular Kekecohan Di Masjid Jamek Sungai Nibong

GEORGETOWN —  Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung beberapa video tular di media sosial yang memaparkan satu insiden kekecohan yang dipercayai berlaku di atas jalan sewaktu berlangsungnya upacara pengebumian pegawai memerintah Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Difahamkan, insiden itu berlaku di Masjid Jamek Sungai Nibong, Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang semalam hingga telah mendapat perhatian masyarakat umum.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Asisten Komisioner Razlam AB Hamid berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Siasatan awal mendapati pada Rabu, jam lebih kurang 7.45 petang, pengadu seorang lelaki warga tempatan berumur 46 tahun yang berasal dari Pulau Pinang semasa memandu kereta melalui jalan raya hadapan Masjid Jamek Sungai Nibong telah terlanggar oleh sebuah motosikal di bahagian hadapan kereta.

“Pada masa yang sama, pengadu mendapati ramai orang telah mengepung kereta pengadu dan pengadu telah tertekan hon kereta akibat berasa panik dengan kejadian semasa itu.

“Tiba-tiba kereta pengadu telah dikerumui oleh orang ramai dan kereta pengadu mengalami sedikit kerosakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Nahas Heli TLDM: KLARCC Diaktifkan Selaras Operasi Menyelamat – CAAM

Walau bagaimanapun, kekecohan tersebut telah berjaya dileraikan oleh anggota PDRM dan TLDM yang turut berada di tempat kejadian.

Kata Razlam, pengadu mendakwa bahawa dia tidak tahu mengenai upacara tersebut serta secara tidak sengaja telah tertekan hon kereta.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis ingin memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini sehingga boleh mengganggu-gugat dan menjejaskan siasatan pihak polis,” ujarnya lagi.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat).

Sumber: Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?