Siakap Keli
perlu tahu Gerup Gerak Khas
Gambar: Bernama

Kehebatan Pasukan Disegani Ramai, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gerup Gerak Khas

Kehebatan Pasukan Disegani Ramai, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gerup Gerak Khas

Seperti yang diketahui, latihan ketenteraan bukanlah sesuatu yang mudah, hanya individu gagah perkasa dan kuat mental mampu menamatkan latihan.

Ini kerana mereka adalah insan yang bakal menggalas tugas menjaga keamanan negara dan barisan hadapan negara sekiranya diancam oleh musuh atau penjajah.

Baru-baru ini, seorang Leftenan Muda Chan Min Youn tular di media sosial selepas melakar sejarah menjadi satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) .

Latihan yang berlangsung selama 12 minggu telah melayakkannya untuk dianugerahkan Beret Hijau termasuk dianugerahkan pisau komando sekali gus bergelar warga GGK.

Bercerita mengenai GGK, mungkin masih ramai yang tidak mengetahui kumpulan khas tentera Malaysia ini. Sehubungan itu, ikuti rangkuman menarik tentang GGK di bawah.

Apa itu Gerup Gerak Khas (GGK)? 

Gerup Gerak Khas (CGK)
Gambar: Bernama

GGK merupakan satu pasukan khas (elit) yang berada di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pasukan ini juga dikenali sebagai kumpulan komando elit menjalankan misi operasi khas.

Ia termasuk memerangi peperangan, menjalankan risikan, keganasan dan perhimpunan haram.

BACA: Kenapa Langit Bertukar Warna Hijau Ketika Dilanda Ribut? Ini Sebabnya

GGK ditubuhkan pada tahun 1965 sewaktu berlakunya konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia.

Pasukan ini pertama kali diiktiraf oleh seluruh dunia selepas berjaya memenangkan pemberontakan komunis di hutan semasa Perang Pemberontakan Komunis.

Menteri Pertahanan ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein, telah mengarahkan sejumlah sukarelawan dari pihak tentera darat untuk menyertai sebuah unit ujian.

Gerup Gerak Khas (CGK)
Gambar: Bernama

Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando telah diperkenalkan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) berpangkalan di Kem Majidee, Johor Bahru.

Dalam pasukan ini, setiap komando elit diwajibkan untuk mempunyai pelbagai kemahiran seperti letupan, penembak tepat, penyelam tempur, pertempuran jarak dekat (CQB) serta payung terjun.

Kebiasaannya, selama dua tahun masa yang diperlukan untuk menjadi GGK dan mereka perlu menggunakan seluruh tenaga dan masa itu semasa latihan.

Dalam tempoh tersebut, mereka akan dilatih mengikuti kursus yang ditetapkan dan potensi mereka juga akan dikenalpasti jurulatih semasa latihan itu.

Kesemua anggota yang berjaya menamatkan latihan akan diserap masuk ke unit kecil yang terbahagi kepada tiga iaitu, 11 Rejimen Gerak Khas, 21 Rejimen Komando dan 22 Rejimen Komando.

Perkembangan GGK

Gambar: Bernama

Markas Komando

Kem Sungai Udang telah diperakui sebagai ‘Markas Komando’ kerana kejayaan dan pencapaiannya telah menarik banyak minat sukarelawan dari kor lain.

Leftenan Kolonel Borhan bin Ahmad adalah pentadbir pertama MSSG yang bertanggungjawab mengembangkan Pasukan Gerakan Khas.

BACA JUGA: Kenapa Ada Kilat Ketika Gunung Berapi Meletus? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Pelbagai aktiviti termasuk sukan dan aktiviti Tentera Darat yang lain telah dianjurkan untuk melibatkan GGK termasuk hasil kerjasama yang dijalinkan dengan negara lain seperti Britain, New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat.

Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan mendapatkan pengalaman baharu dalam aspek tertentu operasi GGK.

Gerup Gerak Khas (CGK)
Gambar: Bernama

Pada 1 Ogos 1976, perluasan Angkatan Tentera, Pusat Latihan Peperangan Khas (SWTC) telah ditubuhkan pada Rancangan Malaysia Ketiga.

Ia berfungsi untuk memenuhi keperluan latihan bagi Pasukan Pasukan Khas.

Kemudian, pada 1 Januari 1977, Rejimen Kedua Perkhidmatan Khas telah ditubuhkan selepas penubuhan SWTC. Ketiga-tiga unit tersebut berpusat di Sungai Udang, Melaka.

Pada tahun 1979, Kolonel Borhan bin Ahmad dijadikan sebagai Komandan selepas SWTC ditubuhkan sepenuhnya.

Unit-unit komando itu kemudiannya telah diubahsuai dan Rejimen Perkhidmatan Khas Pertama menjadi Komando Para Rejimen Ke-21 dan 2 Rejimen Perkhidmatan Khas menjadi Komando Para Rejimen Ke-22.

Pada 1 April 1981, Rejimen Perkhidmatan Khas ke-12 dan ke-11 telah dibentuk untuk memberi sokongan kepada Komando ke-21 dan Komando ke-22.

Lanjutan daripada perkembangan ini, jawatan untuk Rejimen Komando Para telah ditukar kepada Rejimen Komando.

Pun begitu, kini ketiga rejiman itu dikenali sebagai Rejimen CRW ke-11, Rejimen Komando ke-21 dan Rejimen Komando ke-22 selepas namanya ditukar.

Pencapaian Tertinggi GGK

Gambar: Anggota Komando 69

Menentang Insurgensi Komunis (1969)

Pada tahun 1969, Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit bagi menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis.

BACA JUGA: Kenapa Ada Jaring Pada Belakang MotoGP Sewaktu Ujian Litar? Ini Kata Pakar

Oleh itu, Komando 69 telah dilatih United Kingdom Special Air Service Regiment untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya.

Nama Komando 69 ini dipilih bersempena tahun 1969 ia ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis.

Pertempuran di Mogadishu, Somalia (1993)

Gerup Gerak Khas (CGK)
Gambar: Infomasi Tempur

Untuk pengetahuan, ketika terjadinya pertempuran di Mogadishu, Somalia, jasa tentera Malaysia telah dikenang.

Pendedahan ini membolehkan gelaran ’19 Melayu Diraja Mekanize’ diberikan kepada tentera Malaysia selepas mereka berjuang demi menyelamatkan renjer dari Amerika Syarikat seramai 80 orang  yang terperangkap di Somalia.

Kemungkinan tidak ramai yang tahu susulan jasa mereka tidak ditayangkan di layar perak namun merekalah menyaksikan dengan mata sendiri kumpulan militia Somalia yang menembak jatuh dua helicopter UH-60 Black Hawk.

Krisis Perang Bosnia (1992 -1995)

Gerup Gerak Khas (CGK)
Gambar: Vat 69

Krisis Perang Bosnia (1992 -1995)

Ketika krisis itu berlaku, Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia dianggap sebagai pemimpin yang berjaya mengeluarkan kesengsaraan rakyat Bosnia daripada dibunuh puak Serb.

Anggota komando telah diarahkan menyusup masuk menyamar sebagai sebahagian dari askar Bosnia yang berperang untuk memusnahkan kekuatan askar Serbia.

Malah Malaysia dipercayai merupakan satu-satunya negara Islam yang menghantar pasukan elit komando GGK dari 11 RGK (Rejimen Gerak Khas).

Itu merupakan serba sedikit mengenai GGK, semoga bermanfaat.

Sumber: Malaysia GGK Commando Documentary – World’s Special Forces Documentary, Tentera Kita/Facebook

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?