Siakap Keli
dof kupang port dickson
Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia

DOF Giat Jalankan Analisis Kenal Pasti Keracunan Kupang Di Port Dickson

DOF Giat Jalankan Analisis Kenal Pasti Keracunan Kupang Di Port Dickson 

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) masih menjalankan analisis makmal terhadap kupang di perairan Port Dickson untuk mengesahkan sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya dan keputusan analisis dijangka dapat diketahui pada esok.

DOF sebelum ini telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan larangan  sementara bagi menjual dan mengeluarkan kupang ternakan samada melalui sistem  panggar atau pancang.

DOF juga sentiasa melaksanakan pemantauan keselamatan kerang-kerangan di Malaysia secara berjadual di bawah Program Sanitasi Kerang Kerangan Kebangsaan (National Shellfish Sanitation Program – NSSP) yang melibatkan sampel kerang- kerangan ternakan dan liar. Orang ramai juga diminta melaporkan kepada Jabatan Perikanan Negeri/ Daerah yang berdekatan jika melihat perubahan warna air laut yang mencurigakan. 

Nurul Naqiyah