Siakap Keli
pelangi api ohio
Gambar: X

Kemunculan Fenomena Pelangi Api Di Utara Ohio Tarik Perhatian Warga Maya

Kemunculan Fenomena Pelangi Api Di Utara Ohio Tarik Perhatian Warga Maya

Baru-baru ini, tular video yang memaparkan pelangi api yang memukau penduduk di Oak Harbour di barat laut Ohio, Amerika Syarikat Khamis lalu, lapor Live 5 News.

Dalam klip berdurasi 40 saat itu menunjukkan cahaya tak ubah seperti warna pelangi yang berpusar di atas awan.

Menurut jabatan pemantau cuaca, fenomena itu dikenali sebagai ‘Pelangi Api’ atau Cloud Iridescence. Fenomena itu terbentuk disebabkan hablur ais kecil pada awan membelau cahaya matahari.

Perkara ini sekaligus menyebabkan spektrum cahaya kelihatan. Proses ini sama hampir serupa dengan pembentukan pelangi namun pelangi api berlaku pada awan sirus di latitud tinggi.

Sementara itu, dalam satu hantaran di laman X, ia memaparkan video fenomena yang jarang berlaku itu.

Dalam masa yang sama, pengguna platform tersebut turut menyatakan keterujaan melihat fenomena yang jarang berlaku itu.

Malah ada yang berkongsikan pernah melihat fenomena yang serupa di ruangan komen tersebut.

Berikut antara komen pengguna;

“Ruang atmosfera sungguh cantik,” komen salah seorang pengguna.

“Cantiknya,” tulis seorang lagi pengguna.

“Kecantikan yang memukau,” kata salah pengguna lagi.

Video berkenaan mendapat hampir satu juta tontonan dengan lebih 34,000 tanda suka selain pelbagai komen yang ditinggalkan warga maya.

Pembentukan Fenomena Pelangi Api

Menurut Live Science, pelangi api juga dikenali sebagai circumhorizontal arcs. Pembentukan pelangi api disebabkan cahaya yang melalui awan sirus (cirrus) pada altitud tinggi dan tipis.

Pelangi api hanya berlaku sewaktu matahari berada tinggi di langit, melebihi 58 darjah di atas ufuk.

Sewaktu cahaya matahari secara menegak terkena hablur ais yang membentuk awan sirus, ia secara lurus membias ke bawah dengan cara yang sama seperti cahaya prisma.

Fenomena ini juga serupa dengan pelangi yang biasa kelihatan. Yang membezakan pelangi api dengan pelangi biasa ialah bentuk udara ditolak lebih ke atas dengan lebih pantas.

Secara tidak langsung, ia menjadi sejuk dan membentuk titisan air yang bertindak sebagai prisma. Maka terbentuklah pelangi api di atas awan kumulus.

BACA: Jepun Pasang Penghalang Setinggi 2.5M Di Tempat Viral “View” Gunung Fuji

Sumber: Live 5 News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?