Siakap Keli
wanita warga emas rentung
Kredit: Sinar Harian

Rumah Terbakar, Wanita Warga Emas Ditemui Rentung

Rumah Terbakar, Wanita Warga Emas Ditemui Rentung

Seorang wanita warga emas ditemui maut dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun, Batu 28 pada tengah malam Selasa.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, insiden yang meragut nyawa wanita itu berlaku dalam lingkungan 12.30 tengah malam.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang wanita yang berusia 84 tahun itu gagal untuk menyelamatkan dirinya dari rumah terbabit. Mayat mangsa telah ditemui berhampiran pintu rumah dalam keadaan rentung.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 12.41 tengah malam.

BACA: Pelik, Pakcik Tua Buat Tangga Nak Panjat Tengok Anak Bulan

Jelasnya, seramai 12 anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang sejauh 45 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan.

“Sebaik tiba, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus,” jelas Severinus.

Berdasarkan maklumat, rumah terbabit didiami oleh mangsa bersama tiga ahli keluarganya iaitu seorang anak dan dua orang cucunya.

“Terdapat empat sekeluarga di dalam rumah terbabit iaitu seorang anak mangsa dan dua lagi cucunya. Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan mayatnya yang rentung ditemukan berhampiran di pintu keluar rumah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada hari ini.

Mengulas lanjut, mayat mangsa itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.  Manakala, operasi memadamkan kebakaran di lokasi kejadian ditamatkan pada jam 3.17 pagi.

Kilang Proses Cat Musnah Dalam Kebakaran

Semalam, sebuah kilang memproses cat dilaporkan musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru pada waktu awal pagi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Makhtar, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.34 pagi.

Berdasarkan laporan Bernama, kebakaran itu melibatkan dua bangunan kilang memproses cat. Semasa pihak bomba tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan sebahagian besar bangunan sudah dijilat api

Ahmad Mukhlis berkata kejadian tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan. Manakala, punca kejadian kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

BACA: Leftenan Muda Chan Satu-Satunya Penuntut Berbangsa Cina Tamatkan Kursus Asas Komando GGK 2024

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma