Siakap Keli
strok haba bangladesh
Gambar: Ahadul Karim Khan/Dhaka Tribune

Suhu Panas: 10 Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Di Bangladesh

Suhu Panas: 10 Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Di Bangladesh

DHAKA — Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk lapan lelaki dan dua wanita dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba di Bangladesh sejak tujuh hari lalu, lapor Dhaka Tribune.

Perkara itu dimaklumkan oleh Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

Tambahnya, dalam tempoh 24 jam sejak 9 pagi tadi telah merekodkan tiga kematian di mana dua daripadanya adalah penduduk Madaripur, manakala seorang lagi berasal dari Chittagong.

Selain itu, lima lagi orang yang mengalami strok haba dimasukkan ke hospital berbeza di negara itu sebelum meninggal dunia.

Sejak 22 April lalu, Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan dan Bilik Kawalan mengumpul data di hospital kerajaan di seluruh Bangladesh, maklum DGHS.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Bangladesh meramalkan gelombang haba ekstrem bakal melanda daerah Jessore, Chuadanga, Pabna dan Rajshahi termasuk bahagian Dhaka dan bahagian lain di bahagian Khulna dan Rajshahi.

Manakala gelombang haba tahap rendah hingga sederhana diramal melanda bahagian Barisal, Rangpur dan Chittagong serta daerah Mymensingh dan ia dijangka berterusan pada hari lain.

Difahamkan juga, suhu pada sebelah siang dan malam tidak mencatatkan perubahan ketara di negara itu.

Myanmar Rekod Suhu Terpanas

Semalam, AFP melaporkan Myanmar telah merekodkan suhu paling panas pada April iaitu 48.2 darjah Celsius (118.76 Fahrenheit).

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa tempatan pada Isnin, ketika negara Asia Tenggara itu dilanda gelombang panas.

BACA: Remaja Maut, Terlibat Kemalangan Dengan Treler

Menurut kenyataan pejabat cuaca negara itu, suhu tertinggi itu direkodkan di bandar Chauk di wilayah Magway tengah Myanmar semalam.

Ia sekaligus merekodkan suhu tertinggi yang pernah dialami oleh negara itu sejak 56 tahun lalu.

Sementara itu, bandar Yangon pula mencatatkan suhu mencecah 40 darjah Celsius, manakala bandar kedua Mandalay pula 44 darjah Celsius, lapor pejabat cuaca itu.

Pemantau cuaca negara turut memaklumkan suhu pada waktu siang pada khamis lalu adalah 3 hingga 4 darjah Celsius lebih tinggi  berbanding purata suhu April.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia PBB berkata, rantau Asia kini sedang dilanda gelombang haba dan ia dijangka lebih teruk, dengan suhu global mencecah paras tertinggi tahun lepas.

Sumber: Dhaka Tribune

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?