Siakap Keli
simpan buah peti ais
Gambar: Noor Hafiza Mohamad

Wanita Kongsi Tip Simpan Buah-buahan Agar Tahan Lama Dalam Peti Ais

Wanita Kongsi Tip Simpan Buah-buahan Agar Tahan Lama Dalam Peti Ais

Seperti yang kita tahu, peti sejuk merupakan satu tempat penyimpanan barangan basah. Sesetengah orang beranggapan, ia merupakan tempat menyimpan ‘semua’ jenis makanan.

Walau bagaimanapun, penyimpanan yang tidak tepat menyebabkan makanan mudah rosak dan tidak bertahan lama meskipun disimpan dalam ‘kotak beku’ ini.

Bahkan peti ais rumah juga boleh berbau busuk atau kurang menyenangkan jika makanan tidak disimpan dengan betul.

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan cara penyimpanan makanan dalam peti sejuk dengan betul oleh Noor Hafiza Mohamad yang telah belajar dari rakannya yang juga seorang pegawai teknologi makanan di bawah.

Tip Simpan Sayur, Buah Agar Tahan Lama Dalam Peti Ais

Gambar:

Hasil frozen buah, herba masakan dan bawang di peti beku.

Kalau dulu kita biasa simpan beku ikan dan daging. Beberapa tahun lepas kita dapat ilmu bekukan herba masakan pula. Serai, halia, lengkuas, kantan, kesum, daun bawang, karot dan banyak lagi.

6 tahun lepas saya dapat tip frozen buah dari kawan seorang pegawai teknologi makanan. Saya tak buat masa tu sebab peti saya keclk. Sejak balik menetap di kampung, barulah saya apply cara tu sebab dapat banyak sangat buah-buahan dari orang tua, jiran dan saudara mara. Dari ada sebiji peti sejuk side by side, beli pula deep freezer 100 liter. 

Saya pun dah mula tanam sendiri, tetap juga petik dan simpan di peti sejuk. Kadang malas juga nak ke belakang rumah petik daun pandan, serai, lengkuas. Faham-faham lah orang perempuan nak keluar laman rumah pun kena sauk baju cardigan dan tudung. Banyak tu alasan yang anda kena tahu. 

BACA: Kehebatan Pasukan Disegani Ramai, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gerup Gerak Khas

Hafiza berkata cara untuk membekukan buah-buahan adalah dengan memotong buah-buahan kepada kepingan kecil dan simpan di dalam bekas atau plastik kedap udara.

Kemudian, boleh simpan di dalam peti sejuk beku.

Bagi tip penyimpanan pisang untuk dimakan bersama oat, Hafiza memberitahu caranya adalah simpan satu penggunaan sekali guna.

Pastikan simpan dalam bekas kecik atau potong-potong dan susun macam kuih raya dalam loyang masuk sejuk beku. Bila dah beku baru simpan dalam satu bekas supaya mengelakkan ia melekat.

Manakala bagi pisang yang sering lebam ketika disimpan boleh dicuba menaburkan gula seperti di dalam gambar. Bagi buah seperti buah naga, nangka, tembikai boleh dipotong dan simpan begitu sahaja.

Dia turut menjelaskan tujuan penyimpanan secara beku ini adalah menjadikan makanan disimpan lebih lama (yang tak mampu dihabiskan dalam tempohnya).

Semoga bermanfaat.

Sumber: Noor Hafiza Mohamad

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?