Siakap Keli
masuk zoo negara percuma
Gambar: Zoo Negara

Masuk Zoo Negara Percuma Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Hari Lahir, Ini Caranya

Masuk Zoo Negara Percuma Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Hari Lahir, Ini Caranya

Hari lahir merupakan salah satu hari yang sangat istimewa bagi seseorang individu. Pada hari tersebut, kita menzahirkan rasa syukur kepada Tuhan kerana masih dipanjangkan umur.

Selain itu, pada hari jadi juga biasanya akan diadakan sambutan sama ada secara kecil, sederhana atau besar sebagai tanda meraikan hari kita hadir ke dunia ini.

Dalam majlis itu, kita akan meniup lilin yang dipacak di atas kek sebagai simbolik yang mewakili usia kita. Kek yang dipotong kemudian diagihkan kepada para tetamu yang hadir dan dinikmati bersama-sama.

Ada juga yang menerima pelbagai hadiah daripada ahli keluarga dan kenalan rapat pada hari tersebut. Semuanya kerana masing-masing berasa gembira dan tumpang bahagia dengan hari penting berkenaan.

Namun begitu, sebenarnya ada lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan sempena hari jadi anda. Salah satunya adalah dengan melawat zoo.

Masuk Zoo Negara secara percuma, boleh tebus dalam masa 30 hari dari tarikh hari lahir

Apatah lagi, rakyat Malaysia sebenarnya boleh melawat Zoo Negara secara percuma dalam tempoh 30 hari bermula daripada tarikh hari jadi masing-masing.

@znmzoonegara

masuk free itu termasuk dengan melawat panda sekali tau 👉🏻😎👉🏻 #zoonegara #freebirthday #zoonegaramalaysia

♬ original sound – Zoo Negara Malaysia – Zoo Negara Malaysia

Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh Zoo Negara sendiri melalui satu hantaran di Instagram mereka baru-baru ini.

Mudah je, ini cara nak tebus tiket percuma masuk Zoo Negara sempena hari jadi

Cara hendak menebus tiket percuma berkenaan juga sangat mudah. Anda cuma perlu mengikuti langkah-langkah di bawah sahaja.

  • Hadir ke Kaunter B (Kaunter Maklumat) yang terletak di sebelah kiri pada pintu masuk utama Zoo Negara.
  • Tunjuk MyKAD/MyKID kepada petugas di kaunter tersebut untuk pengesahan.
  • Isi borang yang disediakan.
  • Ambil tiket anda di kaunter tiket walk-in.

Selesai, anda boleh menikmati hari anda di Zoo Negara secara percuma sempena hari jadi masing-masing. Mudah je kan.

Selamat mencuba.

BACA: Siapa Yang Cipta Kerja 9-5, 8 Jam Sehari & 5 Hari Seminggu? Ini Sejarahnya

BACA: ADUN Sungai Bakap Ditidurkan Akibat Keradangan Perut

Sumber: Zoo Negara

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: