Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: AFP

Siapa Yang Cipta Kerja 9-5, 8 Jam Sehari & 5 Hari Seminggu? Ini Sejarahnya

Athirah

Siapa Yang Cipta Kerja 9-5, 8 Jam Sehari & 5 Hari Seminggu? Ini Sejarahnya

Setiap tahun, pekerja-pekerja di Malaysia akan menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Pada hari tersebut, mereka yang bekerja di sektor awam dan kebanyakkan di sektor swasta akan diberikan cuti khas.

Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei di negara ini dipercayai sudah bermula sejak 1921. Namun, hanya bermula 1973 barulah tarikh tersebut ditetapkan sebagai Hari Pekerja secara rasmi dan dijadikan hari cuti umum.

Begitu pun kali ini, SK tidak berhajat untuk berbicara berkenaan sejarah di sebalik Hari Pekerja. Sebaliknya, topik pada hari ini akan menyentuh berkenaan fakta-fakta disebalik sistem jam kerja yang menjadi amalan di seluruh dunia.

Persoalan yang hendak dirungkaikan adalah siapakah gerangan yang bertanggungjawab mencipta sistem jam kerja 9am-5pm, 8 jam sehari dan 5 hari seminggu yang kita guna pada hari ini?

Menurut CNN, sekitar pertengahan 1800-an, tempoh bekerja selama 70 jam seminggu merupakan perkara biasa, terutama di Amerika Syarikat.

Ketika itu, buruh-buruh disana bekerja selama enam hari seminggu, sekaligus bersamaan kira-kira 12 jam bekerja sehari.

Siapa cipta sistem kerja 8 jam sehari, 5 hari seminggu?

Malah, dalam industri-industri tertentu, misalnya dalam industri berat seperti industri besi, jumlah jam bekerja seminggu adalah jauh lebih tinggi melebihi 84 jam.

Bagaimanapun, jumlah jam bekerja seminggu mula menunjukkan trend penurunan selepas itu sehingga era Perang Dunia Kedua. Jumlah jam bekerja seminggu kemudian turun secara drastik bermula tahun 1920.

Menurut Firmspace, konsep bekerja 8 jam sehari atau 40 jam seminggu ini dipercayai telah diperkenalkan oleh tokoh perniagaan terkenal Amerika Syarikat, Henry Ford.

Pada 1926, Ford mengambil keputusan untuk melaksanakan pembaharuan tempoh bekerja di perusahaannya daripada 6 hari seminggu kepada 8 jam sehari dan 5 hari seminggu.

Ketika itu, Ford percaya apabila jumlah bekerja dikurangkan, produktiviti pekerja boleh ditingkatkan dan mereka akan ada lebih banyak masa untuk membelanjakan pendapatan yang diperolehi.

Kerja 8 jam sehari, 5 hari seminggu diperkenal oleh Henry Ford

Dengan pertambahan hari cuti pada hujung minggu, pekerja-pekerja berpeluang untuk keluar berbelanja seperti berhibur, membeli-belah atau mengambil peluang untuk membeli kereta baharu.

Peraturan yang diperkenalkan Ford itu seterusnya mula diterapkan oleh perusahaan-perusahaan lain dalam perniagaan masing-masing.

Pada 1938, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Franklin D. Roosevelt menandatangani Akta Piawaian Buruh Saksama yang kemudian menjadi undang-undang rasmi.

Menurut Firmspace, pembaharuan yang dilaksanakan oleh Ford itu menjadi asas kepada akta buruh yang diperkenalkan di Amerika Syarikat selepas itu.

Malah, sistem bekerja 8 jam sehari dan 40 jam seminggu itu juga kemudian turut tersebar di seluruh dunia dan diamalkan oleh kebanyakan syarikat sehingga ke hari ini.

BACA: Hujan Lebat & Banjir Teruk Landa Kota Madinah

Sumber: CNN, Firmspace