Siakap Keli
gua kelam runtuh
Gambar: Perkongsian awam di Facebook

Enam Buah Motosikal Dihempap Runtuhan Batu Di Gua Kelam

Enam Buah Motosikal Dihempap Runtuhan Batu Di Gua Kelam

Enam buah motosikal dilapor telah dihempap runtuhan batu di Gua Kelam, Pekan Kaki Bukit dalam kejadian yang berlaku pada Rabu.

Menurut Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, Ag Shaffie Ag Ahmadni, insiden tersebut berlaku di lokasi lebih kurang 30 meter di sebelah kanan pintu masuk Gua Kelam satu.

Lokasi itu juga merupakan tapak letak motosikal orang awam.

“Kejadian runtuhan batu di kawasan gua itu berlaku dari ketinggian antara 10 hingga 20 meter dipercayai disebabkan kejadian semulajadi akibat proses luluhawa iaitu satu proses penyepaian, pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan di kawasan gua itu.

https://www.facebook.com/PerlisAktif/posts/pfbid0Kv9UyvdxzaX65EfKgnWNd1xbEjuZwSjBXVW7uLBLBDBELUkxFdVieHSkapwLbJMml

“Semasa kejadian tiada pengunjung dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Susulan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis mengambil keputusan untuk menutup serta-merta aktiviti memasuki Gua Kelam buat sementara waktu sebagai langkah keselamatan sehingga diberitahu kemudian.

“Walaubagaimanapun, penutupan itu tidak menjejaskan lokasi lain seperti aktiviti mandi manda, pameran galeri serta Rumah Cermin yang terus dibuka kepada pengunjung.

“Satu kajian lanjut akan diselaraskan bersama pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk menilai kawasan tebing bukit sekitar kawasan Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam,” kata beliau.

Menurut Shaffie lagi, insiden tersebut adalah insiden kali pertama berlaku dalam tempoh 10 tahun ini.

https://www.facebook.com/faizal.king.92317/posts/pfbid025rnN4MFLWu4uaKMJjzMJStxkBGJ35JNcp7wnrFGBL6pKF5B6ta9kRmfWProfB5DZl

BACA: Man United Salah Satu Pasukan Paling Menghiburkan Di EPL Musim Ini – Ten Hag

Sumber: Sinar Harian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.