Siakap Keli
man united pasukan menghiburkan
Gambar: AFP

Man United Salah Satu Pasukan Paling Menghiburkan Di EPL Musim Ini – Ten Hag

Man United Salah Satu Pasukan Paling Menghiburkan Di EPL Musim Ini – Ten Hag

Bakal pengurus legenda Manchester United, tanpa berselindung berpendapat bahawa pasukan kendaliannya adalah antara pasukan paling menghiburkan dalam saingan EPL musim ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual baru-baru ini dalam program BBC Match of the Day (MOTD).

“Kami adalah salah satu pasukan paling dinamik dan menghiburkan yang beraksi dalam saingan EPL ketika ini.

“Pasukan ini mencipta banyak peluang dengan mempersembahkan permainan bola sepak yang baik. Setiap pasukan pernah mempersia-siakan peluang yang ada. Tetapi, terpulang kepada kami. Ia pelik,” katanya.

Saat ini, The Red Devils kekal di posisi keenam liga, dipisahkan satu mata dengan Newcastle di tangga ke tujuh. Kedua-dua pasukan kini sedang berada dalam perebutan untuk mendapatkan slot ke saingan Liga Europa, musim hadapan.

Kami, Man United adalah salah satu pasukan paling menghiburkan musim ini – Ten Hag

Selepas 34 perlawanan setakat ini, United mencatatkan sebanyak 16 kali kemenangan, enam kali seri dan 12 kekalahan. Secara keseluruhan, pasukan itu menjaringkan sebanyak 52 gol dan bolos 51 kali untuk mengumpul 54 mata dengan berbaki empat perlawanan lagi.

Dalam perlawanan terdahulu, United terpaksa menelan pahit apabila keciciran dua mata penting selepas diikat 1-1 sama oleh Burnley di laman sendiri.

Gol penyamaan lawan itu diperolehi selepas Onana menghadiahkan penalti pada hujung-hujung perlawanan.

Menurut BBC, dengan keputusan tersebut, United hanya mencatatkan satu sahaja kemenangan dalam tempoh 90 minit masa sebenar sejak pertengahan Mac.

Malah, pasukan itu hanya berjaya memungut tujuh mata sahaja dalam enam perlawanan terakhir.

Masih berpeluang menjulang trofi musim ini, namun perlu berdepan cabaran Manchester City terlebih dahulu

Bagaimanapun, dalam kejohanan berbeza, United masih berpeluang untuk menjulang sekurang-kurangnya satu trofi musim ini selepas mereka berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir Piala FA.

Hanya ada satu pasukan sahaja yang mampu menafikan hajat United dan pasukan tersebut tidak lain tidak bukan adalah Manchester City, lawan mereka nanti.

BACA: Siapa Yang Cipta Kerja 9-5, 8 Jam Sehari & 5 Hari Seminggu? Ini Sejarahnya

Sumber: BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.