Siakap Keli
redbus

redBus Kongsi Pola Perjalanan: Peningkatan Sebanyak 48% Semasa Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Malaysia

redBus Kongsi Pola Perjalanan: Peningkatan Sebanyak 48% Semasa Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 MEI 2024 – Menjelang akhir musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, platform tiket terkemuka dunia, redBus, mengumumkan analisa terperinci mengenai trend perjalanan dan tingkah laku pengguna ketika musim perayaan di Malaysia berdasarkan tempahan tiket yang dibuat menerusi platform mereka.

Peningkatan Jualan Yang Signifikan

Semasa kemuncak perayaan Hari Raya Aidilfitri, redBus mengalami peningkatan ketara sebanyak 48% pelanggan menaiki bas & feri untuk perjalanan mereka, berbanding waktu biasa. Terdapat juga pertumbuhan kukuh 30.5 % untuk jualan tiket bas berbanding musim Raya tahun lepas. 

Memenuhi Permintaan Tinggi

Untuk memenuhi permintaan yang tinggi, beberapa pengendali bas menawarkan perkhidmatan masing-masing di seluruh negara. redBus menawarkan lebih 27,000 perkhidmatan bas dan feri di laluan-laluan popular menerusi platform ini sewaktu musim perayaan. Walaupun dengan usaha-usaha ini, masih terdapat 20% pengguna Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapatkan tiket kerana ketersediaan yang terhad, menunjukkan permintaan yang sangat tinggi semasa musim perayaan. 

Laluan Perjalanan Popular

Antara laluan perjalanan bas yang popular ketika musim perayaan ini:

  • Kuala Lumpur → Melaka
  • Johor Bahru → Kuala Lumpur
  • Melaka → Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur → Johor Bahru
  • Kuala Lumpur → Kuantan

Laluan perjalanan feri yang popular ketika musim perayaan ini :

  • Johor Bahru → Batam
  • Singapura → Batam
  • Jeti Mersing → Pulau Tioman
  • Pasir Gudang → Batam
  • Langkawi → Koh Lipe

Pilihan Perjalanan

  • Waktu Utama Bertolak: Data menunjukkan waktu paling optimal bagi perjalanan bas di kalangan pengguna ialah antara 6:00 pagi dan 12:00 tengah hari, manakala 9:00 pagi merupakan waktu bertolak paling popular.
  • Pilihan Tiket: Sebanyak 82% daripada tempahan tiket adalah untuk tiket sehala untuk seorang individu, menunjukkan keutamaan untuk pilihan perjalanan yang fleksibel serta diskaun sehala di kalangan pengguna.

Trend Menarik

  • Hari Perjalanan Paling Sibuk: Ahad, 14 April, bersamaan hari ke-5 Syawal adalah hari perjalanan yang paling sibuk, kebarangkalian kerana orang ramai kembali bekerja pada hari Isnin. Ini disokong lagi oleh laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia mengenai kesesakan signifikan lebuhraya utama pada hari tersebut.
  • Laluan Paling Jauh: Laluan Pasir Gudang – Kangar merupakan perjalanan bas terpanjang ketika musim Hari Raya Aidilfitri ini, merentangi lebih 836km serta mengambil masa lebih kurang 12.5 jam.
  • Tempahan Terawal: Seorang pengguna yang teruja menempah tiket bas sempena Hari Raya Aidilfitri seawal 28 Disember 2023.

Krishnan Ramaswami, Ketua Pegawai Perniagaan – Antarabangsa, redBus, berkongsi pandangan tentang analisa ini, “redBus kekal komited menyedia perkhidmatan efisyen lagi bertaraf dunia kepada para pengguna bas di Malaysia. Dengan berkongsi maklumat seperti ini, kami memperkasa pihak pengendali bas dan konsumer untuk membuat keputusan yang berinformasi, serta meningkatkan pengalaman perjalanan untuk pengguna mereka. Pendekatan kami yang dipacu dengan data membantu kami untuk membaiki dan menyesuaikan diri dengan keperluan dinamik para pelanggan dan pengendali bas. Kami kekal berdedikasi untuk membentuk masa depan pengangkutan moden di Malaysia, memperkaya perjalanan, menghubungkan komuniti.”

 

Maklumat lanjut mengenai redBus, sila layari www.redbus.my.

 

Nurul Naqiyah