Siakap Keli
sheriff kutipan rm44.5 juta
Gambar: Astro Shaw

Sheriff Terus Cemerlang, Raih Kutipan RM44.5 Juta

Sheriff Terus Cemerlang, Raih Kutipan RM44.5 Juta

Filem Sheriff: Narko Integriti terus mencipta sejarah selepas berjaya meraih kutipan sebanyak RM44.5 juta hanya dalam tempoh 14 hari ditayangkan di pawagam secara rasmi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Astro Shaw dalam satu muat naik di Facebook hari ini.

“Alhamdulillah. Kutipan terkini filem Sheriff dah capai RM44.5 juta! Jutaan terima kasih semua atas sokongan tanpa henti korang yang padu!

“Siapa yang still tak join lagi #DemamSheriff tu, ajak geng-geng bawak family, jom kita serbu panggung ramai-ramai tengok filem Sheriff!” tulis hantaran tersebut.

Dalam pada itu, pengarah filem, Syafiq Yusof turut memaklumkan kejayaan tersebut di Instagram rasmi miliknya.

 Capai Kutipan RM22.1 Juta Dalam Masa 7 Hari

Sebelum ini, filem aksi thriller itu mengejutkan orang ramai apabila mencapai jumlah kutipan kira-kira RM22.1 juta dalam masa tujuh hari tayangannya.

Ini merupakan pencapaian yang cukup baik selepas filem tersebut dilaporkan meraih kira-kira RM16.3 Juta pada 22 April lalu.

Penerbit Eksekutif Sheriff yang juga merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad meluahkan rasa syukur atas sambutan luar biasa orang ramai terhadap filem ini.

BACA: Microsoft Labur US$2.2 Bilion Dalam Infrastruktur Awan Dan AI Malaysia

“Alhamdullilah dan terima kasih penonton Sherifff yang telah memberikan reaksi luar biasa. Melihat respon penonton yang sudah menonton Sheriff di pawagam, rata-rata dapat menerima jalan cerita dengan ‘plot twist’ yang di luar jangkaan,” ujarnya.

Sinopsis Filem Sheriff

Untuk makluman, Sheriff berkisarkan kisah seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang bernama Nazri. Beliau merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Walau bagaimanapun, Tony sering terlepas daripada cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Perkara ini menyebabkan Nazri berasa terdesak dan bertindak untuk menyelesaikan kes itu dengan tangannya sendiri.

Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota dari Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Beliau telah ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan

Antara pelakon hebat yang membintangi filem ini seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Sumber: Astro Shaw

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?