Unik, Lelaki Kreatif Hasilkan Lukisan Atas Kain Batik Nenek
Seorang pelukis telah mendapat perhatian apabila memilih kanvas yang unik untuk menyiapkan lukisan bertemakan Malaysia.
Secara lazimnya, pelukis akan memilih kanvas berwarna putih bagi memudahkan proses lakaran dan mewarna.
Akan tetapi, pelukis asal Malaysia ini telah tampil dengan kelainan dengan menggunakan kain batik neneknya sebagai kanvas lukisannya.
Pelukis yang bernama Muhammad Darwisy (@wisylukis) telah berkongsi kisah perjalanan uniknya dalam menyiapkan lukisan tersebut di laman X baru-baru ini.
Graduan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina itu dikenali dengan bakat seni yang luar biasa dan mengagumkan orang ramai.
Difahamkan, beliau telah memperoleh pesanan lukisan daripada kliennya, yang merupakan warga Switzerland. Dalam pesanan tersebut, kliennya inginkan sebuah lukisan yang memiliki motif Malaysia untuk diletakkan di dinding rumahnya.
@wisy_lukis Dapat client dari Switzerland. katanya nak lukisan berunsurkan Malaysia nak letak kat dinding rumah dia… terus terfikir nak ‘pinjam’ kain batik nenek nak buat lukisan atas kain ni terus…👀 Nilah hasilnya lukisan panjang 2 meter hasil usaha & sakit belakang berbulan-bulan🥹👍🏻 #art #seni
“Dapat klien dari Switzerland. Katanya nak lukisan berunsurkan Malaysia nak letak dekat dinding rumah dia…,” kata Darwisy di laman X.
Apabila mendengar permintaan lukisan dari warga Switzerland itu, beliau yang panjang akal terus membuat keputusan untuk mengambil kain batik milik nenek.
Terus terfikir nak ‘pinjam’ kain batik nenek nak buat lukisan atas kain ni terus…,” jelasnya.
Beliau telah menggunakan corak kain batik itu sendiri sebagai latar belakang, yang menampilkan ciri estetik unik dan eksklusif dalam karyanya.
Dalam lukisannya, beliau telah melukis beberapa mercu tanda yang popular di Malaysia iaitu Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Menara Condong Teluk Intan, Bangunan Sultan Abdul Abdul Samad dan lain-lain.

Penggunaan warna dalam lukisan juga bersifat terang dan dinamik agar lukisan tersebut dapat timbul dan tidak tenggelam dalam latar belakang yang bercorakkan batik itu.
Malah, lukisan dan latar belakang corak kain batik itu seakan-akan seimbang dan melengkapi elemen antara satu sama lain.
Menurut Darwisy, lukisan terbabit memiliki panjang kira-kira dua meter dan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan secara sepenuhnya.
“Ni lah hasilnya lukisan panjang dua meter hasil usaha dan sakit belakang berbulan-bulan,” tambahnya lagi.
Dapat client dari Switzerland. katanya nak lukisan berunsurkan Malaysia nak letak kat dinding rumah dia…
terus terfikir nak ‘pinjam’ kain batik nenek nak buat lukisan atas kain ni terus…👀
Nilah hasilnya lukisan panjang 2 meter hasil usaha & sakit belakang berbulan-bulan🥹👍🏻 pic.twitter.com/AzZN6Fy3fT
— wisy (@wisylukis) April 26, 2024
Sebelum ini, Darwisy telah menjadi tular di media sosial susulan lukisannya di atas bungkusan ‘parcel’ yang mengagumkan ramai pihak.
Lukisan unik memaparkan kapal itu telah meraih pujian orang ramai dan ada di antaranya berminat untuk membeli lukisan terbabit.
Sumber: wisylukis via X, wisy_lukis via TikTok