Siakap Keli
Faisal Halim Disimbah Asid
Gambar: Stadium Astro

Faisal Halim Disimbah Asid, Alami Kecederaan

Faisal Halim Disimbah Asid, Alami Kecederaan

Pemain Kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan telah disimbah asid dalam satu kejadian di Damansara sebentar tadi.

Menurut Stadium Astro, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey telah dikejarkan ke Hospital Thomson bagi mendapatkan rawatan segera.

Difahamkan, bintang Selangor itu mengalami cedera di bahagian badan, tangan dan muka manakala baju yang dipakai juga koyak rabak akibat terkena simbahan cecair itu.

Akhyar Rashid disamun

Sebelum ini, pemain bola sepak JDT yang kini beraksi secara pinjaman dengan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid turut dilapor cedera selepas dipercayai menjadi mangsa samun.

BACA: Pesawat Ringan Terhempas Di Sungkai, Dua Mangsa Selamat

Petik Stadium Astro, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sekitar Kuala Terengganu.

Pemain kebangsaan itu kemudian telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan keadaan pemain itu turut menjadi tular di media sosial.

Antara yang tular adalah hantaran yang memperlihatkan Akhyar sedang berada di atas kerusi roda sambil memegang kepalanya.

Menurut Stadium Astro, Akhyar baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-25 semalam bersama rakan-rakan dan keluarganya.

Sumber: Stadium Astro

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?