Siakap Keli
serangan akhyar faisal bookie
Gambar: Sinar Harian

Polis Nafi Dakwaan Serangan Terhadap Akhyar, Faisal Ada Kaitan “Bookie”

Polis Nafi Dakwaan Serangan Terhadap Akhyar, Faisal Ada Kaitan “Bookie”

KUALA LUMPUR —  Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan berhubung kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara, Akyar Rashid dan Faisal Halim mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie) yang mengatur keputusan perlawanan, lapor Sinar Harian.

Tambahnya, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk membuat spekulasi yang tidak benar sehingga siasatan dijalankan.

“Beri kami ruang dan masa untuk siasatan berhubung kes ini dilaksanakan,” ujarnya sewaktu meninjau pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) 2024 hari ini.

Tambah Razarudin, motif sebenar mengenai kejadian yang menimpa bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim masih dalam siasatan pihak polis.

“Pada masa ini biar pihak polis menjalankan siasatan bagi mendapatkan motif sebenar mengenai kejadian ini,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Razarudin berkata, tiada pengesahan lagi sehingga kini sama ada kejadian serangan yang menimpa Faisal mempunyai kaitan dengan serangan terhadap pemain pinjaman Terengganu FC, Akhyar Rashid yang diserang dan disamun di Kuala Terengganu pada Khamis lalu.

BACA: Troli Dah Penuh, Ni Cara Nak ‘Check Out’ Barang Serendah RM1 Kat Shopee

“Kami (polis) berharap supaya mana-mana pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kejadian ini sehingga siasatan sedang dilengkapkan.

“Pada masa ini Polis Kontinjen Selangor sudah merakam keterangan dari tiga individu termasuk Faisal selain akan memanggil beberapa lagi saksi bebas yang dijangka dilakukan hari ini,” maklumnya lagi.

Sebelum ini, seorang individu tidak dikenali telah menyimbah bahan dipercayai asid terhadap Faisal Halim sehingga dia mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Ahad, Faisal diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara.

Manakala Akhyar Rashid yang juga pemain kebangsaan dan juga Terengganu FC telah diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

Pemain tersebut mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya.

Tambahan lagi, telefon bimbit dan dompetnya juga telah dilarikan oleh suspek.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?