Siakap Keli
ibu tinggalkan bayi 5 bulan
Sumber: Oddity Central

Tinggalkan Bayi 5 Bulan, Ibu Bapa Lesap Selepas Hutang Wang Daripada Pengasuh

Tinggalkan Bayi 5 Bulan, Ibu Bapa Lesap Selepas Hutang Wang Daripada Pengasuh

Seorang pengasuh dari China terpaksa menjaga seorang bayi selama berbulan-bulan tanpa sebarang bayaran selepas ibu bapa kanak-kanak tersebut hilang tanpa jejak bersama wang yang mereka pinjam daripadanya.

Menurut Oddity Central, mangsa didakwa diupah oleh sepasang suami isteri di Harbin, wilayah Heilongjiang, untuk menjaga bayi lelaki mereka dengan gaji bulanan sebanyak 7,000 yuan (RM4,538.10).

Selepas bersetuju, ibu bapa bayi itu memberitahu mangsa bahawa mereka perlu pergi ke Tianjin untuk menerima harta pusaka yang besar, termasuk harta tanah dan barangan mewah.

Mereka kemudiannya meminta bantuan mangsa untuk meminjamkan wang bagi urusan peguam dan kertas kerja.

Sebagai jaminan bahawa mereka akan membayar balik, pasangan itu menunjukkan gambar barangan yang didakwa bakal mereka warisi, serta surat hak milik sebuah hotel.

Susulan itu, pasangan tersebut meninggalkan anak mereka bersama mangsa sementara mereka menyelesaikan urusan di Tianjin.

Namun begitu, mangsa dilaporkan tidak menerima gajinya sejak November tahun lalu, walaupun mangsa terus menjaga anak itu selepas ibu bapanya hilang.

Malangnya lagi, mangsa juga meminjamkan sejumlah wang yang besar kepada mereka, termasuk wang simpanan dan wang yang dipinjam dari abangnya, dengan sangkaan bahawa ibu bapa bayi itu akan membayarnya kembali sebaik sahaja mereka menerima pusaka yang besar.

Secara keseluruhan, dia mendakwa mereka berhutang lebih dari 110,000 yuan (RM71,313.00).

“Saya memberikan semua simpanan saya kepada mereka, tetapi sejak November tahun lalu, saya tidak menerima sebarang gaji. Mereka berhutang gaji saya dan wang yang saya pinjam dari abang saya,” kata mangsa.

Difahamkan, mangsa telah cuba menghubungi pasangan itu tetapi gagal.

BACA: Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Sumber: Oddity Central

Sharifah Hannah Adibah