Siakap Keli
pantau penjawat awam
Sumber: Portal Berita RTM

Pantau Penjawat Awam Culas Tugas, Cuai Dan Malas – PM

Pantau Penjawat Awam Culas Tugas, Cuai Dan Malas – PM

Semua penjawat awam diminta memantau dan mengenal pasti kakitangan kerajaan yang membawa cela kepada nama baik jabatan dan perkhidmatan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa mereka yang terlibat seperti pekerja yang malas, cuai dan tidak hadir bekerja adalah tidak layak untuk menerima perlakuan sama yang diterima oleh pekerja lainnya, termasuklah dalam hal kenaikan gaji.

“Ada yang pertikai, kalau di sekolah, mungkin lebih 90 peratus guru menjalankan tanggungjawab. Ada guru yang cuai. Ada yang kadang-kadang tidak hadir. Begitu juga masalah di jabatan. Ada golongan kecil rasuah, tidak datang kerja, pelbagai masalah.

“Apakah kita harus beri layanan yang sama. Saya jawab tidak. Kita tidak akan beri layanan yang sama. Jadi, sementara kita berikan satu anjakan radikal daripada segi pengikitrafan dan habuan kepada penjawat awam, saya minta saudara untuk mengawal sendiri dan jabatan. Kenal pasti orang yang merosakkan nama baik penjawat awam,” katanya.

Beliau menyuarakan amanat ini semasa berucap dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

BACA: Tragedi Kepala Air Lembah Maksina: Enam Dikhuatiri Lemas, Dua Cedera

Sumber: Portal Berita RTM

Sharifah Hannah Adibah