Siakap Keli
kepala air lembah maksina
Sumber: Astro Awani

Tragedi Kepala Air Lembah Maksina: Enam Dikhuatiri Lemas, Dua Cedera

Tragedi Kepala Air Lembah Maksina: Enam Dikhuatiri Lemas, Dua Cedera

Enam individu dikhuatiri lemas, dua cedera manakala sembilan yang lain selamat setelah dipercayai dihanyutkan kepala air di Lembah Maksina, Makuau, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan insiden itu pada pukul 8.28 malam melalui system 999.

Menurut Sumsoa, berdasarkan laporan yang diterima, sekumpulan pendaki telah terperangkap di Sungai Maksina akibat banjir kilat atau kepala air.

“Seramai 11 orang anggota pasukan bomba termasuk ketua balai. bergegas menuju ke lokasi yang terletak sejauh 56 kilometer dari balai untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, kita dimaklumkan bahawa terdapat 17 orang peserta yang terlibat dalam aktiviti river trekking di Lembah Maksina,” kata beliau.

Tambah beliau, tindakan awal bomba berjaya menyelamatkan sembilan mangsa dalam keadaan selamat pada tepat jam 12 tengah malam.

Beliau turut memaklumkan, operasi menyelamat telah ditangguhkan pada jam 1:40 pagi disebabkan cuaca gelap dan keadaan yang tidak mengizinkan atas faktor-faktor keselamatan.

Bagaimanapun, operasi menyelamat kemudiannya diteruskan seawal jam 6 pagi, hari ini.

Dalam pada itu, maklumat awal daripada pasukan bomba mendapati sekumpulan 17 orang telah melakukan aktiviti river trekking sebelum terjadinya banjir dan kepala air yang menyebabkan mereka terperangkap.

BACA: Tiga Maut & Empat Cedera, Kereta Terhumban Dalam Parit

Sumber: Astro Awani

Sharifah Hannah Adibah