Siakap Keli
faisal halim asid sulfurik
Sumber: Sinar Harian

Faisal Halim Dipercayai Disimbah Asid Sulfurik Pekat, Bakal Jalani Satu Lagi Pembedahan Petang Ini

Faisal Halim Dipercayai Disimbah Asid Sulfurik Pekat, Bakal Jalani Satu Lagi Pembedahan Petang Ini

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim dikhabarkan bakal menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini.

Menurut Sinar Harian, perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon semasa melawat pemain itu di hospital, pada Selasa.

Katanya, Faisal yang juga pemaian kebangsaan berada dalam keadaan sedar, tetapi kecederaan pada badannya agak kritikal.

Ujar Johan lagi, sejenis ubat khas dari Australia juga akan kepada Faisal untuk membantu memulihkan kecederaan melecur yang dialaminya.

Faisal Halim disimbah asid sulfurik pekat

“Keadaan kecederaannya agak teruk dan serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk.

“Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat,” katanya kepada Sukan Sinar.

Menurut Sinar Harian lagi, Faisal ketika ini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam susulan insiden simbahan asid ke atasnya yang dilapor berlaku pada Ahad.

Pemain sayap lincah itu mengalami kelecuran tahap empat dan akan menjalani beberapa pembedahan lagi.

BACA: Faisal Halim Dalam Keadaan Serius Tapi Stabil Di ICU

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah