Siakap Keli
puding karamel telur
Kredit: TikTok @qiss.adawie

Tak Perlu Kukus, Ini Resipi Puding Karamel Mudah & Sedap

Tak Perlu Kukus, Ini Resipi Puding Karamel Mudah & Sedap

Puding karamel adalah salah satu manisan yang disukai orang ramai dan sering dicari sewaktu di pasar malam mahupun bazar Ramadan.

Rasanya yang berlemak sangat menggiurkan dan memberikan rasa manis yang memukau bagi deria rasa individu yang menjamahnya.

Kebiasaannya, resipi manisan ini memerlukan seseorang untuk memiliki set pengukus di rumah. Hal ini kerana, proses kukus akan menjadikan cairan puding menjadi pepejal seperti apa yang kita lihat pada produk akhirnya.

Pada masa yang sama, proses masakan ini bagi memastikan kandungan telur yang diletakkan di dalam adunan puding masak dengan baik.

Sungguhpun begitu, tidak semua orang memiliki set pengukus di rumah dan tidak semua orang menggemari telur dalam manisan.

Seorang pengguna TikTok telah menunjukkan cara untuk menghasilkan puding karamel tanpa menggunakan bahan telur dan juga tidak perlu dikukus.

Pengguna yang dikenali sebagai Qis (@qiss.adawie) telah berkongsi resipi tersebut dalam sebuah video yang berdurasi satu minit empat saat.

Pertama sekali, kita perlu menyediakan air gula yang memberikan rasa manis dan pahit pada puding. Cairkan empat hingga lima sudu besar gula pasir di dalam kuali dengan api perlahan.

Kredit: TikTok @qiss.adawie

Apabila gula pasir berubah menjadi bentuk cecair, masukkan sedikit air panas dan masak kedua-dua campuran sehingga menjadi larutan berwarna perang.

Dalam kuali berasingan, masukkan air sebanyak 800 mililiter (ml) dan kemudian, masukkan satu paket agar-agar. Selepas itu, masukkan satu sudu besar susu pekat manis serta satu tin susu sejat.

Ambil satu cawan untuk membuat bancuhan dua sudu besar tepung kustard dan air berjumlah 100 mililiter (ml). Apabila larut, masukkan larutan tepung kustard dan air tadi ke dalam kuali yang berisi larutan air bersama susu pekar manis dan susu sejat.

Kredit: TikTok @qiss.adawie

Kacau larutan tadi sehingga mendidih dan apabila mendidih, tutup api dan sediakan bekas untuk mengisi puding. Isi air gula terlebih dahulu dan kemudian barulah masukkan larutan agar-agar sehingga penuh.

Apabila kedua-dua jenis larutan telah diisi di dalam bekas, biarkan ia sejuk buat seketika. Apabila puding sudah menjadi pepejal, manisan tersebut sudah sedia untuk dihidangkan.

Untuk mendapatkan rasa yang lebih padu dan segar, anda boleh sejukkan puding di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum menjamahnya.

@qiss.adawiee

Resepi Puding Caramel Tanpa Kukus Simple 🍮😋 Antara dessert yg sesuai utk open house time raya ni 😘 #fyp #fypシ #foryou #pudingcaramel #resepisimple #onthisday l

♬ original sound – jharna bhagwani – jharna bhagwani

BACA: Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Sumber: @qiss.adawie via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma