Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Empat Beranak Bermotosikal Dihempap Dahan Pokok Reput
Tular di media sosial menunjukkan sebuah motosikal yang dipercayai dinaiki oleh empat beranak dihempap dahan pokok reput di Jalan Bukit Putus pada Selasa.
Dalam video yang berdurasi 59 saat itu, terlihat dahan pokok yang sudah reput di tepi jalan tiba-tiba patah dan menghempap mereka yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Kejadian tersebut menyebabkan seorang wanita yang membonceng motosikal dan seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dan tercampak ke tengah jalan raya.
Sebuah kereta Proton Saga yang kebetulan berada bersebelahan motosikal itu turut terkena serpihan dahan tersebut. Pemandu kenderaan itu kemudiannya segera memberhentikan kenderaan apabila melihat mangsa terjatuh.
Namun, keadaan mangsa tidak dapat dipastikan setakat ini, lapor Sinar Harian.
Dalam ruangan komen, beberapa pengguna media sosial menyatakan bahawa motosikal itu dinaiki oleh sekeluarga yang sedang dalam perjalanan untuk membuat penghantaran makanan.
Difahamkan, mereka sering berulang-alik dari Kuala Pilah ke Seremban dan motosikal itu merupakan satu-satunya kenderaan yang mereka miliki.
BACA: Lelaki Maut Dipanah Petir Di Sungai Petani
Sumber: Sinar Harian