Siakap Keli
kajang banjir kilat
Kredit: Facebook

Hujan Lebat, Kajang Dilanda Banjir Kilat

Hujan Lebat, Kajang Dilanda Banjir Kilat

Banjir kilat telah melanda Kajang akibat hujan lebat yang berterusan petang tadi.

Menerusi perkongsian netizen di media sosial, beberapa kawasan seperti di Pekan Kajang dilihat telah dinaiki air sehingga menyebabkan trafik terganggu.

Selain itu, seorang wanita warga emas juga telah diselamatkan selepas rumahnya di Kampung Sungai Kantan dinaiki air, lapor Sinar Harian.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, laporan mengenai insiden banjir kilat telah diterima oleh pihaknya pada jam 6.04 petang.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, terdapat sebuah rumah didiami seorang wanita warga emas berusia 86 tahun dinaiki air sehingga paras buku lali.

“Anggota berjaya membawa keluar mangsa dari rumahnya yang dilanda banjir,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa beberapa kawasan termasuk di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor dijangka akan mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 9 malam.

BACA: Polis Siasat Kaitan Serangan Pemain Bola Berkait Isu FAM

Sumber: Facebook, Sinar Harian

Sofea

There's always another side to every story