Siakap Keli
Keluarga faisal pengawal peribadi
Gambar: BERNAMA

Keluarga Faisal Dijaga Pengawal Peribadi – FAS

Keluarga Faisal Dijaga Pengawal Peribadi – FAS

KUALA LUMPUR — Keluarga pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim iaitu isteri dan anaknya telah dijaga oleh pengawal peribadi bagi mengawal keselamatan susulan insiden simbahan asid yang berlaku Ahad lalu, lapor Sinar Harian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta hari ini.

Difahamkan juga FAS telah bekerjasama dengan pihak polis untuk melakukan rondaan di kediaman Faisal.

“Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan polis telah membuat rondaan. Bukan sahaja Faisal dan keluarga tetapi juga pemain lain.

“Pada masa yang sama, kita juga tempatkan pengawal peribadi untuk membantu isteri dan keluarga Faisal,” katanya.

Pada Ahad lalu, pemain berusia 26 tahun itu telah disimbah asid oleh individu tidak dikenali dalam satu kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

Susulan kejadian, Faisal atau lebih mesra disapa Mickey disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama.

Dia kini sedang menndapatkan rawatan di sebuah hospital di Shah Alam dan keadaan pemain sayap kelahiran Mengkuang Titi itu dilaporkan bertambah baik selepas melakukan pembedahan kedua pada semalam.

Tambahan lagi, dia juga bersemangat bagi mencuba melakukan  senaman ringan dan sudah mampu makan.

BACA: Perlawanan Sumbangsih Dijalankan Mengikut Jadual- MFL 

Bakal lakukan tampalan kulit 

Difahamkan, pemain itu bakal menjalani prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialaminya yang dibawa masuk dari luar negara minggu ini, lapor BERNAMA.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC Dr Muhammad Hazwan Khair berkata ia sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan pemulihan kulit.

Beliau berkata prosedur pembedahan itu dijangka dilakukan minggu ini khusus untuk merawat lapisan kulit pemain berusia 26 tahun itu yang terjejas sementara dari aspek kecederaan yang dialami di bahagian otot pula akan dilakukan dalam sesi pemulihan berikutnya.

“Ia (lapisan kulit) memang perlu dibawa masuk dari luar untuk tujuan skin allograft, ia sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan proses pemulihan.

“Mengikut pakar bedah prosedur itu (dibuat) dalam minggu ini, akan ada (juga) prosedur lanjutan. Ia (lapisan kulit) memang perlu dibawa masuk,” katanya ketika ditemui di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?