Siakap Keli
keputusan spm 27 mei
Gambar: Bernama

Keputusan SPM Kekal Pada 27 Mei – Fadhlina

Keputusan SPM Kekal Pada 27 Mei – Fadhlina

NIBONG TEBAL, 10 Mei (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata pemilihan tarikh tersebut juga, tidak akan menjejaskan perancangan cuti guru, kerana keputusan SPM boleh juga diperolehi secara dalam talian.

“Dalam hal ini (tarikh pengumuman keputusan SPM) kita mendengar semua pandangan, apatah lagi yang berkait rapat dengan kesejahteraan guru. Saya tekankan kita akan kekal (tarikh keputusan) itu pada 27 hari bulan ini sebagaimana yang telah kita umumkan,” katanya selepas merasmikan Karnival HIP peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), merayu KPM mengeluarkan keputusan SPM Tahun 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini, susulan guru-guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini.

BACA JUGA: Bukan Sekadar Helaian Kertas, Kenapa SPM Penting?

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story