Siakap Keli
warga palestin rafah
Gambar: AFP

Kira-Kira 110,000 Warga Palestin Melarikan Diri Dari Rafah – UNRWA

Kira-Kira 110,000 Warga Palestin Melarikan Diri Dari Rafah – UNRWA

TEL AVIV, 10 Mei (Bernama) — Kira-kira 110,000 warga Palestin telah meninggalkan Rafah di selatan Semenanjung Gaza sejak tentera Israel mula mara ke bandar itu, menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menerusi hantaran di X, UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.

“Satu-satunya harapan ialah gencatan senjata dengan segera,” kata UNRWA.

Menurut pihak berkuasa sempadan Palestin, lintasan sempadan Rafah ke Mesir masih ditutup untuk penghantaran bantuan kemanusiaan.

BACA: Palestin Sambut Baik Langkah Bersyarat ICJ Ke Atas Perang Israel Di Gaza

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story