Siakap Keli

Mais Mudahkan Masyarakat Urus Wasiat & Hibah – Lantik Perancang Pewarisan Islam

Mais Mudahkan Masyarakat Urus Wasiat & Hibah – Lantik Perancang Pewarisan Islam

SHAH ALAM – MAIS telah mengambil langkah untuk memperluas peranan mereka dalam membantu masyarakat dalam pengurusan harta, terutama Wasiat dan Hibah, dengan melantik Perancang Pewarisan Islam (PPI).

PPI ini dilantik bertujuan untuk memudahkan MAIS dalam proses pendaftaran perkhidmatan Wasiat dan Hibah yang disediakan. Sehingga April 2024, MAIS telah bekerjasama dengan 70 orang PPI yang berdaftar dan  mempromosikan secara aktif perkhidmatan Wasiat dan Hibah kepada masyarakat.

MAIS menyarankan orang ramai unutk mendaftar sebagai PPI melalui https://siswa.mais.gov.my/register/agent bagi membantu MAIS memperkenalkan lagi perkhidmatan ini serta mengambil peluang meluaskan pengetahuan mengenai pengurusan harta serta menmbah pendapatan melaluinya. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi nombor di talian 03-5514 3772 atau WhatsApp 010251 9556.

mais urus wasiat & hibah

Bagi menghargai tanggungjawab dan pencapaian PPI bagi tahun 2023, MAIS menyampaikan anugerah kepada lima orang PPI yang dipilih berdasarkan pendaftaran pelanggan tertinggi dalam perkhidmatan Wasiat dan Hibah. Penghargaan berupa sijil dan hadiah iringan disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama Rakan Strategik MAIS Tahun 2024 di sini hari ini. 

mais urus wasiat & hibah

Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama Rakan Strategik anjuran MAIS merupakan acara yang disambut dengan penuh kegembiraan. Lebih kurang 400 tetamu dari pelbagai organisasi dan agensi, termasuk Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS, jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan, dan badan berkanun negeri, hadir untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan ukhuwah bersama MAIS.

mais urus wasiat & hibah

50 orang anak yatim yang berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turut diraikan di majlis tersebut, dan masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM2,500 bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri anak-anak ini.

Kenyataan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.

Nurul Naqiyah