Lelaki Panjat Pencawang Elektrik Di Kedah Berjaya Diselamatkan Bomba
Seorang lelaki yang bertindak memanjat sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tinggi di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman, Jitra telah diselamatkan oleh pihak bomba.
Dalam satu hantaran di Facebook, Jabatan bomba dan penyelamat Alor Setar berkata pihaknya membantu Bomba Jitra di Kedah untuk operasi penyelamatan tersebut.
“Kita berkerjasama dengan sahabat kita Bomba Jitra, Kedah untuk menurunkan mangsa daripada pencawang elektrik dengan selamat.
“Tahniah kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang cemerlang.
“Syukur juga sebab jentera Areal Ladder Platform (ALP) kita berfungsi dengan baik,” jelasnya dalam kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, tular di media sosial video berkenaan seorang lelaki yang bertindak berani dengan membahayakan nyawanya memanjat pencawang yang memiliki arus voltan elektrik yang tinggi.
https://www.facebook.com/bbp.alorsetar.1/posts/pfbid0MAfyc98jaj8ZiUbhGjCKMEiiVFuT844BFrjLymob4Ci4t81q5e8fh47PUBS3JQsul
Sumber: Bomba Alor Setar/Facebook