Siakap Keli

Toyota Eco Youth Edisi Ke-23 Terus Perkasa Generasi Muda Dalam Cipta Penyelesaian Isu Alam Sekitar

Toyota Eco Youth Edisi Ke-23 Terus Perkasa Generasi Muda Dalam Cipta Penyelesaian Isu Alam Sekitar

SHAH ALAM, 10 MEI 2024 – UMW Toyota Motor (UMWT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan Toyota Eco Youth (TEY) Edisi ke-23, sebuah program pendidikan alam sekitar tahunan peringkat kebangsaan. Program ini bertujuan untuk melibatkan golongan muda untuk aktif dalam mengatasi isu alam sekitar.

Program yang menyasarkan para pelajar sekolah menengah ini berhasil menarik penyertaan dari 16 sekolah di seluruh negara. Semasa pelancaran TEY 2024, peserta akan mengikuti bengkel intensif Metodologi Penyelesaian Masalah (PSM) 8 Langkah Toyota, yang mana dapat membentuk pemikiran kritikal dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah selain menawarkan hadiah wang tunai hingga RM80,000 sempena penciptaan penyelesaian berinovatif.

toyota eco youth edisi 23

Program TEY, lanjutan kepada kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu sejalar dengan komitmen UMWT yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar. Ia dipandu oleh pelan tindakan alam sekitar Toyota yang menetapkan laluan ke arah mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor menegaskan “Program TEY sejajar dengan Cabaran Alam Sekitar Toyota 2050, untuk mencapai objektif karbon neutral dan memberi impak positif terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan guru. Kami juga bertanggungjawab untuk mengekalkan kelestarian setiap projek sekolah walaupun selepas program berakhir.”

toyota eco youth edisi 23

Program TEY diperkenalkan pada 2001 sebagai program kesedaran alam sekitar sekolah di Malaysia dan telah mengalami perkembangan pesat dengan menyentuh pelbagai isu alam sekitar yang mempengaruhi masyarakat. Selama lebih dari 23 tahun, penyertaan kira-kira lebih dari 300,000 pelajar dari 521 sekolah dan komuniti sekitar mereka.

Tambah Datuk Ravindran K., “Melalui program TEY, UMWT secara aktif menangani cabaran alam sekitar semasa selain melibatkan para belia dengan kemahiran penting bagi menyelesaikan masalah di masa depan. Inisiatif ini menerapkan falsafah ‘Move Your World’ kami ke dalam minda para belia, menolak sempadan untuk masa depan yang mampan.”

toyota eco youth edisi 23
Pengurusan dari UMW Toyota Motor bersama YBrs. Encik Zainuren Bin Hj Mohd Nor dari Kementerian Pendidikan dan semua sekolah yang mengambil bahagian pada majlis pelancaran Toyota Eco Youth 2024.

Program TEY terus memperkukuh pemeliharaan alam sekitar bagi masa depan, menggalakkan penemuan dan penyelesaian praktikal untuk cabaran ekologi. Program edisi ke-23 ini berjanji untuk meneruskan legasi ini, para belia dalam usaha mereka mencipta masa depan yang lebih mampan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toyota Eco Youth edisi ke-23, sila layari https://www.toyota.com.my/toyotaecoyouth/

Nurul Naqiyah