Boleh Ke Ahli Pilih Tak Buat Pindahan Amaun Permulaan? Ini Jawapannya
Seperti yang diketahui, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia.
Bermula 11 Mei ini, setiap pencarum akan memiliki tiga akaun iaitu, Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan akaun yang baru diperkenalkan iaitu Akaun Fleksibel (Akaun 3).
Akaun Fleksibel
Akaun fleksibel atau akaun 3 akan memberikan fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.
Maklum KWSP, pengenalan akaun ini adalah bertujuan untuk menambah baik keselamatan pendapatan persaraan, dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
Bagaimanapun, ia menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai khususnya kepada ahlinya berhubung pindahan amaun permulaan pada hari pelaksanaan.
Kadar Agihan
Untuk pengetahuan, bermula 11 Mei 2024 ini, caruman baharu akan diagihkan mengikut peratusan kepada tiga akaun tersebut, iaitu Akaun Persaraan (75 peratus), Akaun Sejahtera (15 peratus) dan Akaun Fleksibel (10 peratus).

Bagi Akaun 1 dan Akaun 2, baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing. Manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Contoh Agihan

Boleh ke kalau ahli memilih untuk tak buat pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel?
Bagi mereka yang memilih untuk tidak membuat pindahan amuan permulaan ke Akaun Fleksibel, KWSP memaklumkan ahlinya boleh memilih untuk tidak berbuat demikian.
Baki simpanan sedia ada akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera.
Selepas tarikh pelaksanaan, semua caruman baharu akan dikreditkan ke dalam ketiga-tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).
BACA: Timbul Tanda Tanya Kadar Dividen Akaun 3, KWSP Tampil Beri Penjelasan
Perlu diingat bahawa permohonan pilihan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) dalam tempoh yang ditetapkan (12 Mei hingga 31 Ogos 2024).
Selepas permohonan diproses, ia tidak boleh dibatalkan.
Bagi yang memilih untuk membuat pindahan ini, permohonan dijangka akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel pula adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera anda, sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.
Sumber: KWSP