Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Kena Buat Pindahan Dari Akaun 2 Dahulu, Ini Cara Buat Pengeluaran Akaun 3
Sejak ditubuhkan pada tahun 1951, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP telah membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
Baru-baru ini, tabung persaraan itu mengumumkan penstrukturan semula akaun ahli untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan bagi menangani keperluan jangka pendek ahli.
Berikutan itu, KWSP telah menamakan semula dua akaunnya, Akaun 1 kepada Akaun Persaraan, Akaun 2 kepada Akaun Sejahtera selain memperkenalkan satu lagi akaun baharu iaitu Akaun Fleksibel yang dikenali sebagai Akaun 3.
Bagi akaun 3, ia bertujuan untuk memberikan ahli fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.
Sebelum melakukan pengeluaran daripada Akaun 3, pencarum perlu membuat pemindahan terlebih dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel), memandangkan ia bermula dengan baki sifar.
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa permohonan pilihan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja dan ia tidak boleh dibatalkan.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan cara untuk membuat pemindahan dan pengeluaran akaun 3 KWSP di bawah. Semoga bermanfaat.
Cara-cara Pemindahan
Pertama, log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
Kedua, pilih ‘Ketahui Lanjut’.
Ketiga, pilih ‘Seterusnya’ untuk mengetahui butiran mengenai inisiatif Penstrukturan Akaun KWSP.
Keempat, pilih ‘Pindah Sekarang’ .
Kelima, baca Peringatan Penting dan pilih ‘Teruskan’ jika berminat.
Keenam, pilih ‘Teruskan’. Anda boleh menyemak baki simpanan sebelum dan selepas pindahan.
Ketujuh, pilih ‘Terima’ jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
Kelapan, pilih ‘Ya’ untuk teruskan atau ‘Tidak’ untuk membatalkan permohonan.
Sembilan, permohonan anda berjaya dihantar. Pilihan pindahan amaun permulaan akaun akan diluluskan dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.

Panduan Pengeluaran Akaun 3
Pertama, log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
Kedua, pilih menu ‘pengeluaran’ dan seterusnya pilih ‘Keluarkan simpanan anda’.
Ketiga, pilih ‘Akaun Fleksibel’.
Keempat, pilih ‘Keluar Sekarang’.
Kelima, masukkan jumlah pengeluaran dan pilih ‘Teruskan’.
Keenam, pilih atau kemaskini akaun bank.
Ketujuh, pilih ‘Teruskan’.
Kelapan, pilih ‘Terima’ jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
Kesembilan, masukkan nombor TAC.
Sepuluh, permohonan anda berjaya dihantar.
