Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
wanita dua anak lari dari rumah perlindungan
Sumber: BERNAMA

Polis Kesan Wanita, Dua Anak Lari Dari Rumah Perlindungan

Hannah

Polis Kesan Wanita, Dua Anak Lari Dari Rumah Perlindungan

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 25 tahun dan dua anaknya yang dilaporkan hilang dari Rumah Perlindungan Pertolongan Wanita, Seksyen 20, Petaling Jaya, Selangor Jumaat lepas (10 Mei).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata wanita dikenali Nur Aishah Abd Samad yang ditempatkan di rumah perlindungan itu berkait kes keganasan rumah tangga bersama dua anak berusia lima dan tiga tahun, disedari hilang kira-kira 4.30 petang pada hari kejadian.

“Wanita itu memberi alasan hendak pergi ke masjid berhampiran bagi menunaikan solat. Bagaimanapun dia tidak pulang menyebabkan rumah perlindungan itu membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park pada keesokan hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata wanita berkenaan dan dua anaknya dihantar ke rumah perlindungan itu oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Shah Alam kerana dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Wanita itu dilaporkan dipukul oleh suaminya pada 2 Mei lepas di sebuah kedai makan di Shah Alam dan kemudian dihantar ke Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan,” katanya.

Shahrulnizam berkata Nur Aishah berketinggian 168 sentimeter, seberat 50 kilogram, berkulit hitam manis serta bertudung.

Berikutan itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan wanita terbabit diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Safuan Alias menerusi talian 011-1025 5725 atau 03-7874 2222.

BACA: Motosikal Terbabas, Lelaki Maut Tercampak Dari Jejambat

Sumber: BERNAMA