Siakap Keli
trick lari dalam guni
Gambar: X

“Trick” Unik, Cara Gadis Ni Lari Dalam Guni Tarik Perhatian

“Trick” Unik, Cara Gadis Ni Lari Dalam Guni Tarik Perhatian

Permainan tradisional sememangnya menyeronokkan dan mengimbau kembali kenangan lalu sewaktu kecil dahulu.

Mana tidaknya, kebanyakan permainan ini dimainkan secara berkumpulan atau di hadapan khalayak ramai. Ia secara tidak langsung dapat mewujudkan interaksi sosial dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Antara permainan tradisional yang sentiasa menambat hati masyarakat sehingga kini adalah baling selipar, galah panjang dan banyak lagi.

Salah satu lagi permainan yang sering dianjurkan sewaktu aktiviti kemasyarakatan adalah lari dalam guni.

Permainan ini sama seperti lari pecut biasa, namun ia perlu berlari di dalam guni di atas lorong masing-masing dan berpatah balik.

Dalam permainan tersebut, siapa yang paling pantas kembali ke garisan permulaan adalah pemenangnya.

Disebabkan pergerakan kaki untuk berlari di dalam guni agak terbatas, pelbagai gelagat dan gaya larian dilihat sewaktu acara ini berlangsung, yang boleh membuatkan sesiapa sahaja pecah perut.

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan komuniti di daerah Sleman mengadakan majlis kemasyarakatan sempena sambutan hari penamaan daerah itu yang ke-108.

Gambar: X

Yang menariknya, majlis tersebut mengadakan pertandingan olahraga dan salah satu aktiviti yang dibuat ialah acara permainan tradisional, lari dalam guni yang disertai oleh penduduk tempatan.

BACA: Polis Buka Kertas Siasatan Kejadian Samun Terhadap Pengajar Pelaburan Forex

Macam ni rupanya nak laju

Klip berdurasi 20 saat itu mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita berlari di dalam guni itu seperti tiada kesusahan malah meninggalkan jauh peserta lain di belakang.

Jika dilihat dari gayanya, wanita berkenaan melakukan larian sambil mengubah kedudukan kakinya dari depan ke belakang dengan santai sewaktu melompat menggunakan cara yang sangat mudah tanpa perlu bersusah payah.

Konsep itu sama seperti larian biasa namun cuma diadaptasikan dalam permainan tradisional itu.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan ragam peserta permainan tradisional itu.

Berikut antara komen pengguna;

“Seronok sangat kakaknya (wanita yang paling pantas), mesti selalu pakai guni berjalan ke kedai,” komennya.

“Wkwkwkwkw kakaknya lawak sangat,” komen seorang lagi.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 500,000 tontonan dengan lebih 5,000 tanda ‘ska’ dan pelbagai komen daripada pengguna.

Sumber: X @luculucuaaan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.