Siakap Keli
monsun barat daya jumaat
Kredit Gambar: Bernama

Monsun Barat Daya Dijangka Bermula Jumaat Ini, Berterusan Hingga September

Monsun Barat Daya Dijangka Bermula Jumaat Ini, Berterusan Hingga September

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa Monsun Barat Daya dijangka akan bermula pada 17 Mei (Jumaat) ini dan akan berterusan sehingga September 2024.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman X, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata sepanjang tempoh itu angin secara lazimnya akan bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan yang membawa kepada taburan hujan yang lebih rendah dalam tempoh berkenaan.

“Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan,” katanya.

BACA: Peralihan Monsun Dijangka Bermula Pada 29 Mac, Berterusan Hingga Mei 2024

Pun begitu, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) difahamkan masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.

“Garis badai adalah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

“Dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September.

“Oleh itu pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar,” ujarnya.

Selain itu, orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini.

Untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini, anda boleh melayari laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Jabatan dan Hotline Jabatan Meteorologi Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

BACA JUGA: Pelik, Pakcik Tua Buat Tangga Nak Panjat Tengok Anak Bulan

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.