Siakap Keli
peralihan monsun bermula
Kredit: Bernama

Peralihan Monsun Dijangka Bermula Pada 29 Mac, Berterusan Hingga Mei 2024

Peralihan Monsun Dijangka Bermula Pada 29 Mac, Berterusan Hingga Mei 2024

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menerusi Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac dan berterusan sehingga Mei 2024.

Pihak MET Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi hantarannya di Facebooknya pada 12.40 tengah hari.

Ketua Pengarah METMalaysia dalam kenyataan berkata negara bakal menghadapi fasa perubahan angin monsun dalam lingkungan lebih dari dua bulan.

“Permulaan fasa ini menandakan berakhimya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.

“Dengan bermulanya fasa peralihan monsun, keadaan cuaca panas dan kering yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” jelasnya.

Menurutnya, negara akan mengalami hujan lebat dan angin kencang sepanjang fasa ini.

“Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.” kata Ketua Pengarah.

Menurutnya, kejadian tersebut akan berlaku kebiasaanya dalam lingkungan waktu petang dan awal malam.

Keadaan cuaca ini akan berlaku di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta selatan dan tengah Sarawak.

Selain itu, MET Malaysia turut mengemukakan beberapa amaran berhubung keadaan cuaca sewaktu fasa peralihan monsun.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa cakna dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Ramalan dan amaran cuaca boleh didapati melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi MET Malaysia untuk sebarang pertanyaan lanjut menerusi talian 1-300-22-1638.

BACA: Malaysia Airlines Umum Kerjasama Dengan Manchester United

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma