Siakap Keli
bapa cukur kepala anak
Sumber: Daily Express US

Akibat Ketagih Seks, Kanak-Kanak 5 Tahun Tergamak Nodai Adik Kembar

Akibat Ketagih Seks, Kanak-Kanak 5 Tahun Tergamak Nodai Adik Kembar

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan lima tahun dilaporkan menodai adik kembarnya sendiri akibat kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks dengan teman lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan kes yang berlaku beberapa tahun lalu itu telah mengubah kehidupan kanak-kanak terbabit menjadi seorang yang ketagih untuk melakukan hubungan seksual.

“Peristiwa ini terbongkar apabila mangsa yang merupakan adik kembar kepada pelaku mengadu kepada ibu angkatnya selepas mengalami kesakitan di bahagian sulit.

“Siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan abang mangsa kerana ketagihan untuk melakukan hubungan seks akibat kerap menyaksikan ibunya melakukan hubungan terbabit bersama seorang lelaki di rumah mereka,” katanya.

Siti Kamsiah berkata demikian dalam penerangan berkaitan jenayah seksual bagi sesi dialog bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Rabu.

Menurut beliau, kes jenayah seksual sedemikian dikhuatiri bakal mengakibatkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak.

“Apa yang membimbangkan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak ini bukan sahaja menjadi mangsa, malah pemangsa.

“Selain itu, statistik turut merekodkan 70 peratus mangsa jenayah seksual adalah kanak-kanak berusia 13 hingga 18 tahun dan kemungkinan perkara ini disebabkan faktor kematangan selain aspek kehidupan mereka itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Kamsiah menasihatkan semua pihak untuk memainkan peranan dalam memastikan jenayah seksual dapat diatasi terutamanya membabitkan kanak-kanak.

“Sikap bertanggungjawab ibu bapa dalam memantau perkembangan dan pergerakan anak-anak penting bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perkara yang tidak bermoral.

“Selain itu masyarakat turut memainkan peranan dengan segera melaporkan sebarang kejadian berkaitan kepada pihak berkuasa bagi memastikan tindakan dapat diambil sewajarnya,” katanya.

BACA: Cuaca Panas: Air Terjun Jeram Pasu, Jeram Linang Kering

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: