Tak Sangka Ada Jalan Raya Dikatakan Warna Biru, Rupa-Rupanya Ini Sebabnya
Sebagaimana yang kita ketahui dan lihat di merata tempat, jalan raya umumnya berwarna hitam asphalt ataupun kelabu kusam.
Namun, keadaan ini berbeza di Qatar yang bukan sahaja memiliki daya tarik yang unik, tetapi ada beberapa jalan raya disana dicat berwarna biru.
Kenapa ada jalan di Qatar dicat dengan warna biru dan apa sebabnya?
Qatar, seperti yang kita semua tahu merupakan sebuah negara yang terletak di Timur Tengah. Negari ini terkenal dengan iklim panas terik dan suhu yang sering mencapai puncak ekstrem terutama pada musim panas.
Menurut Ary News, suhu tinggi boleh menyebabkan papan pemuka kereta retak, cat berubah warna dan kemasan plastik mencair.
Keadaan itu kemudian memaksa pihak berkuasa tempatan mencari penyelesaian yang inovatif.
Bagi mengatasi masalah tersebut, Qatar telah mengubah beberapa jalan raya yang sibuk di ibu negara Doha menjadi biru terang pada 2019.
Ia sebagai sebahagian daripada percubaan untuk menyejukkan permukaan tar dan mengurangkan suhu kawasan sekitar.
Sementara itu, News9live melaporkan sensor haba diletakkan untuk membandingkan suhu jalan raya yang telah dicat berwarna biru dengan suhu jalan raya dengan warna hitam asphalt yang biasa di seluruh dunia.
Hasilnya, jalan raya berwarna biru didapati menurunkan suhu dengan memantulkan sehingga 50 peratus sinaran suria berbanding jalan raya berwarna hitam asphalt yang menyerap sinaran.
Jadi, alasan Qatar mengecat jalan raya dengan cat warna biru adalah sebagai salah satu pelan untuk mengurangkan bahang panas melampau. Pada masa yang sama, warna biru juga memberi kesan atau rasa lebih sejuk.
Dengan adanya jalan berwarna biru, mereka berharap suhu dapat berkurang sehingga 15 darjah celsius hingga 20 darjah celsius.
Dalam pada itu, menurut Medium, walaupun jalan yang dicat dengan warna biru jarang ditemui, namun langkah yang sama turut diambil oleh pihak berkuasa tempatan di Arab Saudi dan Pakistan.
BACA: Akibat Ketagih Seks, Kanak-Kanak 5 Tahun Tergamak Nodai Adik Kembar
Sumber: Ary News, News9live, Physic.com, Medium