Siakap Keli
memaksa bangkok berpindah perubahan iklim
Gambar: AFP

Keadaan Iklim, Peningkatan Paras Laut Mungkin Memaksa Bangkok Berpindah – Pegawai Perubahan Iklim

Keadaan Iklim, Peningkatan Paras Laut Mungkin Memaksa Bangkok Berpindah – Pegawai Perubahan Iklim

Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya iaitu Bangkok ke lokasi lain kerana paras air laut yang semakin meningkat, lapor AFP.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai kanan di pejabat perubahan iklim negara itu pada Rabu.

Unjuran atau jangkaan secara konsisten menunjukkan bahawa dataran rendah Bangkok berisiko ditenggelami lautan sebelum akhir abad ini.

Malah, sebilangan besar ibu kota yang sibuk itu telah menghadapi banjir semasa musim hujan.

Timbalan ketua pengarah jabatan perubahan iklim dan alam sekitar kerajaan, Pavich Kesavawong, memberi amaran bahawa bandar itu mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan pemanasan dunia.

“Saya rasa kita sudah melepasi 1.5 (darjah Celcius). Sekarang kita perlu berfikir mengenai penyesuaian.

“Saya bayangkan Bangkok sudah tenggelam sekiranya kita kekal dalam keadaan semasa,” katanya kepada AFP.

Sementara itu, kerajaan sedang meneroka langkah-langkah termasuk membina benteng.

“Kami telah memikirkan untuk berpindah. Secara peribadi saya rasa ia satu pilihan yang baik.

“Jadi kita boleh asingkan ibu negara, kawasan kerajaan dan kawasan perniagaan.

“Bangkok (akan) masih menjadi ibu negara kerajaan tetapi perniagaan perlu dialihkan,” kata Pavich, sambil memaklumkan bahawa perbincangan masih bersifat hipotesis dan isu terbabit sangat kompleks.

BACA: Jakarta Dijangka Tenggelam Menjelang 2050

Thailand kini sedang mengalami kesan perubahan iklim merentasi pelbagai sektor. Ia termasuk sektor pertanian di mana para petani bergelut dengan cuaca panas, manakala pelancongan pula terjejas disebabkan oleh pelunturan terumbu karang dan pencemaran.

Pun begitu, Pavich mengakui bahawa usaha kerajaan untuk menangani masalah pencemaran udara yang semakin meningkat, khususnya di utara Thailand masih belum membuahkan hasil.

Akta perundangan yang memberi tumpuan kepada udara bersih diluluskan pada tahun ini. Susulan itu, pegawai taman negara telah meningkatkan usaha untuk mencegah dan memadamkan kebakaran di kawasan perlindungan.

“Sektor pertanian amat mencabar bagi kami,” katanya yang merujuk kepada pembakaran berterusan selepas musim menuai yang menjadi penyumbang utama kepada jerebu bermusim.

Sumber: AFP

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: