Siakap Keli
Arteta pingat raja sepanyol
Gambar: Arsenal

Sebelum Julang Trofi EPL, Arteta Dapat Pingat Kebesaran Raja Sepanyol

Sebelum Julang Trofi EPL, Arteta Dapat Pingat Kebesaran Raja Sepanyol

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mendapat suntikan semangat tersendiri menjelang penentuan kejuaraan EPL selepas beliau dikurniakan pingat kebesaran oleh Raja Sepanyol.

Berita gembira, khususnya buat para peminat The Gunners itu dikongsikan sendiri oleh majikannya, dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Arsenal, The Royal Order of Isabella the Catholic merupakan antara pingat tertinggi di Sepanyol dan jarang-jarang sekali dikurniakan sejak diperkenalkan pada 1815.

Sebelum ini, pingat kebesaran tersebut hanya dianugerahkan kepada individu atau institusi yang menyumbang bakti luar biasa kepada Sepanyol.

Arteta dapat pingat kebesaran Raja Sepanyol

Pingat itu juga dikurniakan kepada warga Sepanyol yang berjaya membantu menjalin dan menyuburkan hubungan antara negara itu dengan negara lain di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Arteta difahamkan menerima pingat berkenaan di Kedutaan Sepanyol di London pada 15 Mei lepas dengan majlis diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Beberapa individu penting dalam pengurusan Arsenal juga dilapor turut bersama-sama Arteta pada hari tersebut.

Menyentuh tentang pingat yang diterimanya, Arteta merasa amat gembira dan berterima kasih kepada Raja Sepanyol.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Sepanyol, Grand Chansellor dan Menteri Luar Negara di atas kurniaan ini.

“Ia adalah detik yang sangat indah apabila menerima pingat ini di Kedutaan Sepanyol di London sambil ditemani ahli keluarga dan individu-individu penting dalam karier saya,” katanya.

Arteta layak dikurniakan pingat berkenaan

Sementara itu, Duta Sepanyol ke United Kingdom (UK), Jose Pascual Marco berkata, Arteta sememangnya layak menerima pingat kebesaran tersebut di atas jasa-jasa yang dicurahkannya selama ini.

“Sebagai seorang warga Sepanyol, UK dan sepanjang kariernya selaku pemain bola sepak antarabangsa, dan kini sebagai pengurus Arsenal, beliau menunjukkan daya kepimpinan yang sangat luar biasa.

“Arteta adalah figura yang sangat dihormati dan disenangi oleh komuniti bola sepak. Melalui bahasa sejagat iatu bola sepak, beliau berjaya mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang wujud antara kedua-dua buah negara ini,” katanya.

BACA: EPL Sediakan Dua Trofi, Kalau-kalau Arsenal Yang Jadi Juara

Sumber: Arsenal

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.