Siakap Keli
lelaki pernah lumpuh
Gambar: U-Report

“Ada Dua Ekor Duk Menumpang”, Lelaki Kongsi Pengalaman Pernah Lumpuh 2 Bulan Gara-gara Ada Yang ‘Berkenan’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Ada Dua Ekor Duk Menumpang”, Lelaki Kongsi Pengalaman Pernah Lumpuh 2 Bulan Gara-gara Ada Yang ‘Berkenan’

Setiap orang pasti pernah melalui pengalaman buruk dalam kehidupan mereka, sama ada cedera akibat jatuh, trauma dan banyak lagi.

Semuanya dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera. Namun, berbeza pula pengalaman yang dikongsikan oleh seorang lelaki, apabila ‘diusik’ oleh entiti yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Nak tahu dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian pemilik akaun X @Izzat_Izzu di bawah.

Pengalaman hantu berminat menumpang

Saya nak cerita seluruh pengalaman saya, hantu Thailand masuk dalam badan, sampai saya lumpuh dekat dua bulan. Saya kena benda ni masa saya dekat Bangkok. 

Sawadeekap. Jadi, benda ni aku kena masa tahun 2015. Masa tu aku kena pergi program dekat Universiti dekat Bangkok. Tiga minggu aku kena duduk dekat sana.

Jadi, masa program tu banyak la aktiviti yang aku kena join. Banyak la benda kena buat bermula dari pembentangan, kelas, program, pergi jalan-jalan, persembahan, aktiviti luar bilik darjah dan banyak lagi. 

Jadi, aku nak langkau bahagian tu, kita terus ke minggu kedua dan ketiga aku dekat Bangkok tu. Okay masa minggu kedua hujung-hujung nak masuk minggu ketiga, aku ada kena join explorace. 

Masa ni kami kena duduk dekat resort dekat daerah berdekatan Bangkok, aku lupa nama tempat tu. Tapi resort tu dalam hutan. 

Gambar: U-Report

Resort ni dia dalam hutan, tepi sungai. Jadi ada satu hari tu, kami ada kena join aktiviti explorace. Masa join aktiviti ni aku gembira sangat sebab seronok dan masa tu ada la aku banyak gelak-gelak dan main dekat satu pokok besar. 

Pokok tu besar sangat, aku duduk dekat pokok tu gelak-gelak dengan kawan.

BACA: Paip Pun Boleh Tersumbat Angin, Ini Cara Baiki Paip Air Perlahan

Selepas explorace tu habis, aku dah rasa badan macam lemau gila. Masa tu kawan ajak pergi mandi kolam renang pun aku cakap aku nak rehat. Jadi aku balik bilik, tak mandi tak apa, aku terus tidur. Sebab tak larat gila.

Kemudian, keesokannya aku dah mula sakit kepala sangat-sangat. Lepastu kami dah kena pack-pack untuk pergi ke daerah lain pulak untuk pindah hotel lain. Saya rasa kawasan Bangkok juga. Lupa dah. 

Okay, masa dah pindah hotel baru tu, malam tu aku tidur, aku dah mula mimpi hantu. Ada dua hari berturut-turut aku mimpi hantu. Hari pertama mimpi, aku mimpi hantu macam the mummy tu, berbalut satu badan, merangkak atas siling.

Esoknya aku bangun dah rasa macam pelik, nak bercakap macam jadi pelat sikit. Aku dah pelik dah, dahla masa tu nak berkomunikasi dalam English, pastu jadi pelat-pelat pula nak sebut perkataan-perkataan dia. Kemudian aku endahkan dan sambung aktiviti macam biasa. Tapi time ni aku rasa lemau gila.

Keesokannya lagi, malam tu aku mimpi hantu lagi. Hari kedua mimpi hantu tu, aku ingat sampai sekarang. Dalam mimpi tu aku ada tengok ramai hantu yang cantik, rambut mereka tak panjang sangat tak pendek sangat macam paras-paras bahu sahaja.

Scene ni macam ni, hantu-hantu ni duduk terbang-terbang tepi pantai semua pakai baju warna putih. Tapi ada seekor hantu ni, dia tengok dekat aku, dia terbang-terbang pastu dia duduk atas batu besar. By the way, hantu ni cantik tahu, berupa manusia, bukan hantu muka buruk tu. 

BACA JUGA: Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

Pastu aku bangun tidur esok tu, terus aku dah tak boleh bercakap, nak bergerak pun susah, muka tak boleh nak senyum tak boleh nak gerakkan mata macam dah lumpuh bahagian muka. Masa tu risau gila. Badan pun dah lemah sangat macam dah tak boleh nak jalan sangat.

Selepas tu,  pensyarah dekat sana bawa aku pergi klinik, masa semak-semak tu, doktor cakap semua normal. Tiada apa-apa masalah pun. Doktor ingat otot punya masalah. Kemudian dia bagi ubat otot sahaja.

Masa ni aku kena tunggu lagi 2 hingga 3 hari untuk balik malaysia. Masa ada program last dekat Bangkok tu, aku gagahkan juga untuk join. Paling sedih masa ni, aku bercakap dengan cara tulis dekat kertas. Sebab memang sepenuhnya tak boleh bercakap dah. Kaku dah bahagian muka semua.

Gambar: RiauKepri.com

Kemudian, hari fly balik ke Malaysia tu, aku memang dah tak larat nak jalan sangat dah. Lemah gila masa tu, kemudian sampai sahaja Malaysia terus masuk wad hospital. Dekat hospital tu masuk kecemasan sampai ke sudah mereka tak tahu sakit apa. Masa ni aku dah 70 peratus lumpuh, boleh gerak sikit-sikit sahaja.

Muka paling teruk paralysed, dan muka jadi senget sebelah macam orang kena angin ahmar.

Doktor periksa semua normal, macam tiada apa-apa masalah. Lepastu aku dimsukkan wad untuk doktor pantau aku. Mereka rancang nak buat MRI scan pula. Jadi, masa dekat hospital tu, ada pelawat datang melawat orang sebelah.

Tiba-tiba ada seorang pelawat ni, dia pegi dekat ayah aku, dia cakap ada benda warna putih duduk dekat aku. Lepastu dia sarankan pergi bawa jumpa ustaz. Masa tu tak tahu la nak percaya ke tak, tapi ayah aku cuba pergi jumpa ustaz tu. Ustaz tu minta nama aku dan nama mak aku kalau tak silap.

BACA JUGA: Cuba Rampas Senjata Submesingan, Lelaki Ditahan Polis

Kemudian, dia scan. Aku terkejut gila bila ustaz tu terangkan apa yang jadi dekat aku. 

Ustaz tu cerita, dekat badan aku ada dua ekor duduk menumpang, seekor dari darat, seekor dari laut. Ustaz tu cakap, yang laut tu hantu tu duduk tepi pantai terbang-terbang duduk atas batu. 

Yang mana betul dengan apa yang aku mimpi, ustaz tu cerita sama macam apa yang aku mimpi. Dan mimpi tu aku tak pernah cerita dekat sesiapa termasuk ibu bapa aku.

Ustaz tu cakap, aku kena benda ni masa aku main dekat pokok besar tu. Benda tu berkenan dan suka dekat aku, tu dia tumpang masuk dalam badan aku. Ustaz ni cakap, hantu tu perempuan tua dah, tapi dia berupa cantik.

Pada masa tu aku dah start percaya yang ada benda masuk dalam badan aku. Kemudian, ayah ambil keputusan untuk dischargekan (aku) dari hospital and pergi berubat dengan ustaz. 

Jadi, pergi la berubat untuk buang benda tu. Kemudian selepas berubat dalam dua hari lepas tu, ada cousin aku datang melawat. Dia cakap dekat mak aku yang dia nampak ada bende putih duduk sebelah aku.

Masa ni aku masih lumpuh tak boleh bergerak. Kalau nak berjalan kena orang angkat dan pimpin. Tangan aku nak angkat cawan pun tak boleh. 

BACA JUGA: Kenali Fenomena Pelangi Api & Bagaimana Ia Terbentuk

Pastu pergi jumpa dengan orang lain, orang lain ada yang cakap meremang bulu bila aku lalu tepi mereka. Jadi, kami jangkakan hantu tu masih tak keluar dan ada lagi. Lepastu banyak la aku jumpa orang pergi berubat. Mungkin dalam enam orang aku pergi berubat camtu.

Macam-macam aku hadap masa proses tu. Sampailah aku pergi berubat dengan seorang ni, tak tahu la dia Ustaz ke tak. Tapi dia pandai bab-bab ni.

Masa aku pergi tempat nak berubat tu, orang tu cakap, ada nampak tak benda putih dekat tingkap. Aku cakap tak nampak pun. Pastu orang tu terangkan hantu ni bila aku pergi berubat, dia akan keluar dan lari dari badan aku. Lepasstu dia masuk balik. 

Dan hantu ni hantu Thailand, mungkin sebab tu la baca apa-apa pun tak jadi apa. 

Aku tak tahu macam mana orang tu buat, mungkin dia hantar balik hantu tu kot. Atau dia simpan ke apa aku tak pasti. Tapi selepas beberapa hari kami ingin tahu nak periksa hantu tu ada lagi ke tak, ayah aku bawa pegi jumpa ustaz lagi untuk periksa. Dan ustaz tu cakap tiada apa-apa dah.

By the way masa hantu masuk dalam badan tu, aku tiada pun mengilai ke atau tak sedar diri ke atau bercakap dalam bahasa Thai ke, tiada pun semua tu. Sebab aku memang bahagian muka lumpuh habis, bercakap pun tak boleh.

BACA JUGA: Macam Gula-Gula Kapas, Kenali Awan Mammatus & Bagaimana Ia Terbentuk

Aku sedar je masa sakit tu dari hari pertama sampai sembuh. Cuma hantu tu menumpang duduk dalam badan sahaja. Kadang-kadang dia duduk tepi aku. peluk aku. Haha. 

Jadi, hantu tu dah tiada. Badan aku beransur pulih balik, aku ada pergi terapi juga untuk pulihkan balik saraf dan makan ubat saraf. Sebab makhluk-makhluk ni memang akan kacau sistem saraf kita. Jadi, lepas dua bulan lumpuh aku pulih sepenuhnya okay. Dah tak lumpuh.

Sekian daripada saya. Terima kasih sudi baca kisah seram yang tak berapa seram ni. Kap Khun Kap! 

Sumber: X @Izzat_Izzu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.