Siakap Keli
Waran Tangkap Netanyahu Hamas
Gambar: AFP

ICC Mohon Waran Tangkap Netanyahu & Yahya Sinwar

ICC Mohon Waran Tangkap Netanyahu & Yahya Sinwar

JERUSSALAM —  Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sedang mendapatkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan pemimpin tertinggi Hamas, Yahya Sinwar lapor AFP.

Ia susulan kedua-dua pihak disyaki melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Pendakwa ICC, Karim Khan berkata beliau sedang mendapatkan waran terhadap Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israeli Yoav Gallant untuk jenayah termasuk pembunuhan sengaja, jenayah kebuluran dan pembunuhan.

“Kami mengemukakan bahawa jenayah terhadap kemanusiaan yang didakwa dilakukan sebagai sebahagian daripada serangan yang meluas dan sistematik terhadap penduduk awam Palestin menurut dasar negara.

“Jenayah ini sedang dalam penilaian kami, berterusan sehingga hari ini,” kata Khan merujuk kepada Netanyahu dan Gallant.

Sementara itu, tuduhan yang dikenakan terhadap pemimpin Hamas Yahya Sinwar yang juga ketua pergerakan itu adalah jenayah melibatkan keganasan dan mengambil tebusan sebagai jenayah perang.

“Kami mengemukakan bahawa jenayah terhadap kemanusiaan yang didakwa adalah sebahagian daripada serangan meluas dan sistematik terhadap penduduk awam Israel oleh Hamas dan kumpulan bersenjata lain menurut dasar organisasi,” kata kenyataan itu.

Sumber: AFP

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?